suria

[VIDEO] Pian Cecupak pergi dalam keadaan qiam tangan macam sedang solat, menghadap kiblat

DIA pergi dalam keadaan bersih dan menghadap kiblat, demikian keadaan Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak ketika ditemukan terbaring dalam keadaan kaku di bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Menurut adiknya iaitu Hasenah, dia bersyukur apabila arwah tidak mengalami kecederaan akibat serangan jantung secara tiba-tiba di dalam bilik air sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 malam, Rabu.

"Kedudukan dia cantik, dia duduk (terbaring) menghadap kiblat dalam keadaan tangan dia dan siap macam ni (qiam), kaki dia dah julur.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Pian Cecupak selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN: Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemukan terbaring dalam bilik air

"Saya tak terkilan... tak la terhantuk ke apa ke. Dia pergi dalam keadaan bersih sangat," katanya kepada mStar.

Hasenah ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada majlis pengebumian arwah abangnya pada pagi Khamis.

hasenah

Allahyarham Pian meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Pian yang aktif sebagai pelawak dan pengacara meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Difahamkan arwah mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan.

Dalam pada itu Hasenah berkata arwah abangnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan melainkan dia begitu bersemangat untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran ibu mereka yang ke-74 pada 18 Januari lalu.

Kedudukan dia cantik, dia duduk (terbaring) menghadap kiblat dalam keadaan tangan dia dan siap macam ni (qiam), kaki dia dah julur

HASENAH

ADIK ALLAHYARHAM

"Arwah beria nak buat majlis hari ulang tahun kelahiran mak. Sebelum ni tak pernah sambut pun, ni la pertama kali kami buat.

"Dia nak sangat adik-beradik, anak, cucu semua berkumpul masa tu. Tapi pada hari sambutan tu keriangan dia dak tiada.

"Dia hanya diam... ajak bergambar pun dah tak ceria. Dia hanya nampak cool, dah tak nampak lawak dia," katanya.

aina

Suasana di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda

Untuk rekod pada 2018, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 pagi akibat sesak nafas.

Ketika itu, doktor mengesahkan Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu dia perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.

Bakat Allahyarham Pian dicungkil menerusi program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada era 1990-an, sebelum menyertai kumpulan Cecupak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain