suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Natasha Hudson buka tudung, kongsi foto dan video bercuti di Langkawi

Imej baharu Natasha mengejutkan ramai

PENAMPILAN terbaharu pelakon Natasha Hudson mengejutkan ramai peminat apabila dia memuat naik foto dan video tidak bertudung di laman sosial pada Isnin.

Berdasarkan lokasi pada posting berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, dipercayai sedang bercuti di Langkawi, Kedah.

Natasha bagaimanapun menutup ruangan komen.

Usaha mStar mendapatkan komen Natasha berhubung hal ini masih belum berhasil.

Dia mula mengenakan hijab pada 2012 dan pernah tampil dengan imej berniqab pada Disember 2016.

Pelakon filem Chermin ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali.

Bagaimanapun sesemua perkahwinan Natasha tidak bertahan lama.

Perkahwinan pertama dengan Mohd Faiz Mohd Raiz pada tahun 2006 hanya bertahan selama empat bulan diikuti perkahwinan kedua bersama ahli politik Datuk Shahrin Zahari pada 2007.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Neesa Halena, 14. Pasangan ini bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudian Natasha berkahwin pula dengan penyanyi Carleed Khaza pada tahun 2012 sebelum bercerai pada 2018.

Meneruis perkahwinan ketiga ini mereka dikurniakan dua cahya mata Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7.

Natasha kembali mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Noor Nashriq Sekarno pada 2018 dan bercerai pada tahun berikutnya.
Natasha Hudson, Hijab

Artikel Lain