suria

Kesian Syafiq Farhain terkena kudis herpes... susah nak makan dan bercakap - “Yang saya kena ni bukan penyakit kelamin”

Jangkitan Herpes menyukarkan Syafiq untuk menyanyi makan dan bercakap.

SERING terkena kudis herpes, penyanyi Syafiq Farhain mengakui jangkitan tersebut menjejaskan aktiviti hariannya.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, penyakit itu timbul selepas sahaja sembuh daripada demam panas.

"Herpes ni virus ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Yang saya kena ni yang HV-1 hanya di kawasan bibir. Kalau HV-2 itu yang dekat kelamin.

ARTIKEL BERKAITAN: Cyst dalam perut membengkak sehingga 11cm, tiga bulan ibu Syafiq Farhain tanggung derita - “Ketika dapat tahu sebesar 6cm”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah habiskan masa 10 jam main PUBG, Syafiq Farhain ‘support’ kaki game - “Ramai raih pendapatan, takkan nak kata buang masa?”

"Sejak akhir-akhir ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat kawasan bibir.

Jarang orang kena penyakit ini dan doktor beritahu virus yang saya kena ini memang dah ada dalam badan saya cuma aktif atau tidak sahaja.

"Dua hari lepas saya demam dan rasa tak sedap badan tapi saya masih lagi nak bersukan, malam tu suhu naik tinggi.

syafiq4

Tiada jangkitan yang serius hanya perlu dirawat dengan baik.

"Semalam saya mula rasa tak selesa dekat bibir, biasa ambil masa benda ni nak naik tapi malam tadi (Ahad) memang dah start bengkak di kawasan mulut," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, virus itu menyerang sekiranya antibodi dalam badannya lemah, namun ia perlu dirawat dengan baik agar tidak merebak ke kawasan lain.

Katanya lagi, dia juga disarankan berehat dan tidak keluar rumah dab berkongsi tuala dengan orang lain bagi mengelakkan jangkitan.

Saya memang susah nak bercakap, susah nak makan dan nak nyanyi pun susah sebab luka tu kering

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

"Benda ni akan keluar bila antibodi kita lemah. Masa kecil dulu pernah je kena.

"Last time kena rabak sikit mulut seminggu lebih baru okay. Bila jumpa doktor baru tahu benda ni akan kena dalam masa dua atau lima tahun sekali tapi sekarang tak tahulah... saya sering kena," katanya.

Sementara itu, penyanyi Kau Bidadari ini berkata, selain berasa sakit, jangkitan tersebut juga menyukarkannya untuk menyanyi, makan dan bercakap.

"Banyak benda terjejas bila dah jumpa doktor dia kata kalau boleh jangan buat aktivti yang boleh buat badan kita panas.

syafiq7

Jangkitan tersebut menyukarkan Syafiq untuk menyanyi, makan dan bercakap.

"Permulaan benda ni akan gatal sikit so pemakanan juga kena jaga jangan makan daging. Saya memang susah nak bercakap, susah nak makan dan nak nyanyi pun susah sebab luka tu kering.

"Selain jaga makan saya kena rehat dulu kat rumah dalam beberapa hari. Kena makan ubat antibiotik, ubat sapu dan ubat gatal," ujarnya.

Sekadar info, kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex disebabkan jangkitan virus Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1).

Biasanya virus ini membabitkan jangkitan di bahagian mulut dan membentuk ulser yang boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan dan minum.

Individu yang dijangkiti HSV-1 biasanya mempunyai virus ini di dalam badan mereka seumur hidup. Virus ini akan terus menghuni sel saraf pesakit walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain