suria

Aliff Syukri siapkan diri bertanding PRU ke-15, dah lama rancang masuk politik - “Saya nak ubah Malaysia jadi lebih baik”

Aliff Syukri sedia pegang jawatan nombor satu negara iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

IMPIAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri untuk bergelar seorang wakil rakyat dan memegang jawatan perdana menteri (PM) bukanlah angan-angan kosong atau sekadar gimik semata-mata.

Aliff, 35, berkata, perkara itu sudah lama difikirkan dan menganggap sekarang merupakan saat yang sesuai untuk merealisasikan cita-cita itu.

Tambahnya lagi, dia bersedia mencuba nasib bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

"Siapa yang kata gimik? Saya memang menaruh harapan nak masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa pula tak layak, apa kurangnya saya?” - Aliff Syukri tetap nak jadi PM, netizen pula buat pakej lantik Sajat jadi TPM

"Kalau boleh saya nak jadi calon dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatan perdana menteri. Saya yakin saya mampu membawa tugas PM dengan baik!

"Aku serius ni tau... bukan main-main. Dekat luar negara pun ramai sahaja PM dan presiden yang dilantik dalam kalangan ahli perniagaan," katanya kepada mStar.

aliff pm 2

Aliff Syukri mahu bertanding di Parlimen Damansara pada PRU akan datang.

Sementara itu, penyanyi lagu Cuba ini berkata dia menerima sokongan hebat daripada pengikut di Instagram sejak membuat pengumuman terbuka ingin menjadi seorang pemimpin negara.

Ini membuatkan dia lebih bersemangat untuk membangunkan Malaysia dan menjadikan negara ini lebih hebat di mata dunia.

Pengikut saya di media sosial pun banyak bagi sokongan walaupun ada masa saya pun keliru sebenarnya mereka memang ikhlas sokong atau hanya nak perli saya?

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

"Secara jujurnya saya nak jadi PM kerana nak ubah Malaysia menjadi lebih baik... kalau saya boleh berjaya dalam perniagaan tak mustahil saya boleh bawa Malaysia lebih hebat selepas ini.

"Sebagai anak Pahang saya memang ikhlas mahu berjuang untuk bangsa dan negara, pemimpin kita sebelum ini pun ramai dari Pahang. Saya kenal mereka semua.

"Pengikut saya di media sosial pun banyak bagi sokongan walaupun ada masa saya pun keliru sebenarnya mereka memang ikhlas sokong atau hanya nak perli saya? Tak apalah saya anggap mereka benar-benar ikhlas mahu saya jadi PM.

aliff pm 3

Aliff Syukri enggan ambil pusing kritikan ibunya, Rozita Ibrahim.

"InsyaAllah saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sanggup bermula dari bawah, tolonglah jangan kecam saya... berilah saya peluang untuk buktikan dan dapat berjasa kepada anda semua," ujarnya.

Sebagai makluman, dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih perdana menteri.

Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai perdana menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Seseorang ahli Dewan Rakyat pula dipilih melalui pilihan raya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain