suria

Buah tangan istimewa Fareast sempena 20 tahun dalam industri nasyid, imbau kenangan lama dalam lagu ‘Warkah Munsyid’

Fareast tampil dengan lagu baharu sempena 20 tahun dalam industri muzik nasyid.

SEMPENA 20 tahun dalam industri muzik nasyid, kumpulan Fareast kini tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Warkah Munsyid.

Menariknya, single tersebut menggabungkan beberapa anggota lama kumpulan itu dengan menggelarkan kemunculan mereka menerusi projek itu sebagai Fareastimewa.

Menganggap lagu itu cukup istimewa, Nabil Ahmad mewakili Farest berkata ia juga menceritakan tentang perjalanan mereka sepanjang 20 tahun lalu.

"Lagu ini cukup istimewa kerana ditulis sempena sambutan ulang tahun ke-20 Fareast dalam persada nasyid tanah air dan ia diterbitkan sepenuhnya oleh Fadzli dan Fareast.

Farest 2

Fareast turut menampilkan ahli lama.

"Ia menceritakan mengenai luahan hati kami berkenaan perjalanan sebagai pendakwah di atas pentas dengan menyampaikan mesej melalui lagu Islamik.

"Sebab itu dalam beberapa rangkap lagu menggambarkan perjalanan ini yang mana pelbagai kerenah dan perangai ditemui sepanjang menjalankan dakwah ini.

"Sama ada daripada sudut kami menyampaikan dan orang terima mesej... banyak yang kami belajar," katanya kepada mStar.

Kumpulan itu dianggotai oleh Nabil Ahmad (Ustaz Nabil), Shairiman Badzri (Cikgu Man), Ahmad Fadzli Bakar (Fadzli), Naemul Helmi Mohd Napiah (Naim Mirwana) dan Raja Muhammad Suhaimi Raja Chulan (Maliq Suhaimi).

Kami nak menggamit kenangan 20 tahun lalu bermulanya nama Fareast di UiTM Arau.

NABIL AHMAD

ANGGOTA KUMPULAN FAREAST

Lagu yang sudah dilancarkan pada 16 Julai lalu itu merupakan hasil ciptaan Fadzli dan Amy Bong yang turut mendapat sentuhan lirik daripada Hazalinda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Nabil turut memberitahu mereka memilih untuk merakam video muzik (MV) lagu tersebut di tempat bermulanya kumpulan Farest ditubuhkan iaitu di UiTm Arau, Perlis.

"Dalam video muzik menceritakan perihal kami yang bertitik tolak bermulanya Fareast di UiTM Arau, Perlis, jadi rakaman video muzik ini dibuat sepenuhnya di sana.

Farest 1

MV lagu tersebut dirakam sepenuhnya di UiTM Arau, Perlis.

"Kami nak menggamit kenangan 20 tahun lalu bermulanya nama Fareast di UiTM Arau. Kemudian barulah berhijrah ke Kuala Lumpur dan sebagainya.

"Dalam video muzik itu kami berkumpul, sebab itulah kami bergabung semula membabitkan anggota lama dan baharu," ujarnya lagi.

Untuk rekod, sepanjang 20 tahun berada dalam arena nasyid tanah air, Fareast juga sudah melakar pelbagai kejayaan antaranya menjadi Juara Anugerah Nasyid IKIM menerusi lagu Syahadah.

Selain itu, mereka membawa pulang trofi Vokal Terbaik Anugerah Nasyid IKIM (Gugur Di Setiamu), Finalis Anugerah ERA, Finalis Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) dan banyak lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain