suria

Noor Kartini mohon maaf kepada Sultan Johor, Tunku Idris pula berkongsi tentang adab

Datin Noorkartini buat laporan polis di Balai Polis TTDI pada petang Ahad.

KELUARGA Neelofa terus menerus menjadi bualan netizen gara-gara perkongsian ibu selebriti itu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed di Instagram yang dilihat mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun perkongsian di Instastory Noor Kartini dengan imej Sultan Ibrahim berhubung titah berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani penularan Covid-19 segera dipadam dalam masa beberapa minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Neelofa mohon maaf, mengaku terlepas cakap isu trademark daging harimau menangis

Namun menerusi tangkap layar (screenshot) yang disebarkan semula di media sosial, dapat dilihat kata-kata yang mempertikaikan saranan Sultan Ibrahim.

Muat naik berkenaan mencetuskan tanda tanya ramai termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang turut berkongsi tangkap layar daripada Instagram Noor Kartini itu.

Susulan itu Noor Kartini tampil dengan kenyataan penafian berhubung kontroversi berkenaan.

Laporan polis dibuat Noorkartini.

"Berhubung tangkap layar daripada media sosial di Instastory saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada Instagram saya.

"Individu tersebut merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya pada Ahad.

Insta Story yang dimuat naik Tunku Idris namun sudah dipadamkan.

Malah Noor Kartini turut memohon maaf kepada Sultan Johor di atas kecuaian yang dilakukan pekerjanya itu.

"Kepada Istana Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi," katanya.

"Individu tersebut merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

DATIN NOORKARTINI NOOR MOHAMED

USAHAWAN

Dalam pada itu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim ada berkongsi sepotong ayat daripada Saidina Ali Abi Talib yang menyentuh mengenai adab.

Perbualan Noorkartini dengan pekerja yang menyalahgunakan akaun Instagramnya.

"Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli akan tetapi ia adalah suatu yang terbit dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik.

"Bukanlah fakir itu orang yang tiada emas atau pun harta tetapi fakir itu orang yang tiada adab juga akhlaknya," demikian berdasarkan perkongsian berkenaan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain