suria

Simpati nasib abang burger… Sarimah Ibrahim minta netizen henti berbalah, bantu viral supaya capai RM100,000!

Sarimah minta netizen henti kecaman terhadap peniaga burger yang dikompaun baru-baru ini.

NASIB menimpa peniaga burger yang dikompaun RM50,000 kerana menjalankan operasi melebihi masa turut menarik perhatian pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim.

Menerusi laman Twitter, Sarimah, 43, meminta netizen menghentikan sebarang kecaman terhadap mana-mana pihak dan tidak memanjangkan isu berkenaan sehingga menimbulkan perbalahan di media sosial.

Berkongsi pandangannya itu, Sarimah turut menyeru orang ramai menghulurkan bantuan dengan menyebarkan mengenai perniagaan yang diusahakan oleh lelaki berasal dari Kelantan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya! Sudah pandai keluar bersosial, anak Sarimah Ibrahim tak mahu pulang - “Menangis apabila nak balik rumah”

"Okey dari kita mengutuk situasi orang lain lebih baik kita bantu viralkan perniagaan abang burger RM50,000 tu.

"Supaya rezeki dia melimpah sampai RM100,000! Mana bisnes dia sebarkan. Lebih baik membantu daripada mengutuk," tulisnya di laman tersebut.

Saya secara peribadi rasa denda RM50,000 untuk seseorang yang berniaga burger terlalu tinggi. Kasihan dia!

SARIMAH IBRAHIM

PELAKON

Kisah peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang dikenakan kompaun RM50,000 oleh anggota polis menjadi tular sejak Isnin lalu.

Menurut isterinya, Nor Laili Shafii yang dihubungi mStar, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan menyatakan gerainya beroperasi melebihi waktu ditetapkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah wanita berkenaan, ketika itu mereka sedang menyiapkan tempahan untuk pekerja kilang dan tiada pelanggan di gerainya.

Simpati dengan nasib yang menimpa peniaga berkenaan, pelakon filem Janji Diana ini berharap supaya bayaran kompaun dan denda yang dikenakan terhadap Wan Mohd Faisal dapat dikurangkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.



Perkongsian Sarimah di laman Twitter.

"Saya secara peribadi rasa denda RM50,000 untuk seseorang yang berniaga burger agak keras. Kasihan dia.

"Saya tahu peraturan tetap peraturan. Macam mana kalau denda berdasarkan pendapatan masing-masing? Harap abang burger itu akan dikurangkan denda dia," ujarnya.

Pada Selasa, beberapa orang selebriti menyatakan hasrat untuk membantu membayar kompaun tersebut antaranya Neelofa, PU Azman dan Caprice.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain