suria

Bawa watak ustazah, Azira Shafinaz pasang niat untuk berhijab - “Kena betulkan diri dulu... Insya-Allah satu hari nanti bila sudah bersedia”

Azira akan memakai tudung apabila tiba masanya.

PELAKON dan penyanyi Azira Shafinaz menyimpan hasrat untuk berhijab namun tidak mahu melakukan perubahan tersebut secara drastik.

Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, dia mahu memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum benar-benar membuat keputusan kearah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta lapan tahun, Azira Shafinaz letak harapan kahwin tahun depan - “Keluarga dah jumpa cuma belum ada tarikh”

Bagaimanapun pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu dia akan berhijab seperti rakannya, Cik Manggis apabila sudah bersedia dan berharap semua peminat mendoakan yang terbaik.

Azira berharap semua peminat doakan yang terbaik untuk dirinya.

"Sudah tentu, satu hari nanti (bertudung)... kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita. Jadi, saya hanya berharap orang dekat luar sana doa yang baik-baik untuk saya.

"Doakan agar satu hari nanti saya akan berhijab sama macam Cik Manggis. Perkara ini mengambil masa... sebab saya kalau nak buat sesuatu perkara, saya tak nak buat dengan terlalu drastik.

"Sebab saya rasa, semua itu akan datang dari naluri dan niat kita... kena betulkan diri dahulu. Satu hari nanti bila saya sudah bersedia... Insya-Allah. Mungkin sekarang betul sampai waktu," katanya kepada mStar.

Satu hari nanti bila saya sudah bersedia... Insya-Allah.

AZIRA SHAFINAZ

PELAKON & PENYANYI

Anggota kumpulan DeFam itu ditemui ketika sesi tayangan perdana telefilem Penunggang Agama di MMCineplexes, ECurve, Petaling Jaya pada Isnin.

Telefilem arahan pengarah Syafiq Yusof dan lakonan utama Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan serta Sabrina Al itu akan mula ditayangkan di saluran Astro First bermula pada Khamis.

Dalam pada itu, Azira yang memegang watak sebagai Ustazah Anna berkata dia mendapatkan bantuan seorang cikgu yang merupakan kawan kepada Syafiq untuk membaca ayat Al-Quran yang digunakan dalam telefilem itu dengan betul.

Azira bergandingan dengan Zul dalam telefilem Penunggang Agama.

"Sejujurnya waktu penggambaran itu, saya dapat banyak bantuan daripada kawan kepada Syafiq yang saya anggap sebagai cikgu ketika itu. Dia yang banyak beritahu surah mana yang patut digunakan untuk situasi tertentu.

"Sebab setiap surah dalam Al-Quran membawa maksud tersendiri. Walaupun ada pilihan, saya pilih yang mana selesa untuk baca. Saya tidak la terlalu mahir dalam membaca ayat Al-Quran.

"Tapi Alhamdulillah, ada cikgu yang banyak membantu memperbetulkan sebutan dan menolong saya untuk lebih yakin menjayakan watak sebagai Ustazah Anna," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain