suria

Gabungan dua negara, Midnight Fusic syukur Pijar Band permudahkan proses pembikinan lagu 'Sandiwara'

Midnight dianggotai empat orang ahli iaitu Adrian, Arif, Firdaus dan Muaz.

KUMPULAN rock alternatif Midnight Fusic memilih untuk bekerjasama dengan rakan baik mereka dari Indonesia iaitu Pijar Band menerusi lagu berjudul Sandiwara.

Vokalis Midnight Fusic, Arif Kamarudin berkata mereka sudah lama berhasrat untuk mengeluarkan single dalam Bahasa Melayu dan bersyukur gabungan dengan Pijar memudahkan proses pembikinan lagu tersebut.

Tambahnya lagi, lagu berkenaan mengisahkan kegembiraan dalam kehidupan dan mengingatkan tentang persahabatan antara Mignight Fusic dan Pijar.

"Kami telah lama ingin mengeluarkan lagu dalam Bahasa Melayu atau Indonesia, dan gabungan kami dengan Pijar membuatkan proses pembikinan lagu ini amat mudah.

Pendengar boleh mentafsir sendiri maksud yang tersirat di sebalik bait lagu ini mengikut perasaan masing-masing.

ADRIAN DANIAL

PEMAIN GITAR UTAMA

“Lagu ini adalah lagu Bahasa Melayu pertama yang kami inginkan. Inilah lagu yang menampilkan kegembiraan dalam hidup kita dan mengingatkan kami tentang persahabatan antara kami dan Pijar," katanya.

Sandiwara merupakan ciptaan Jack Alfredo (vokalis kumpulan Pijar) dihasilkan dalam masa satu hari manakala Midnight Fusic menambahkan gaya mereka dalam lagu tersebut.

Dalam pada itu, pemain gitar utama Midnight Fusic, Adrian Danial memberitahu melodi Sandiwara diberikan semangat baharu dengan penambahan vokal yang dilakukan oleh rakan baik mereka iaitu Dennis Ferdinand.



Pijar Band merupakan kumpulan yang berasal dari Indonesia.

"Sandiwara berkisar tentang persahabatan yang terjalin sesama insan. Pendengar boleh mentafsir sendiri maksud yang tersirat di sebalik bait lagu ini mengikut perasaan masing-masing.

"Kawan baik kami, Dennis Ferdinand, yang membuat vokal tambahan dalam lagu ini memang telah membawa semangat baru kepada melodi Sandiwara," katanya.

Midnight Fusic berjaya mencipta sejarah sebagai artis Malaysia pertama yang dipilih menyertai program Deezer Next 2018, anjuran syarikat penstriman dalam talian Perancis, Deezer.

Antara lagu popular mereka iaitu Heart of May dan Lovesick mendapat sambutan hangat dalam kalangan pemuzik indie.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain