suria

Teka-teki terjawab! Aishah muncul ganti Siti Nurhaliza di SFMM35 - “Satu penghormatan... dulu saya nyanyi lagu beliau masa Bintang HMI”

Aishah ganti Siti Nurhaliza di SFMM35 menerusi lagu AKu Bidadari Syurga.

TEKA-TEKI akhirnya terjawab apabila penyanyi Aishah muncul menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung malam, Sabtu.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 41, memberitahu, pihaknya tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu namun banyak proses yang perlu dilalui bagi mencari pengganti yang sesuai menyanyikan lagu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Shiha Zikir janji tak ‘overdo’, takut dibandingkan dengan Siti Nurhaliza - “Saya tidak akan ubah melodi lagu ini secara berlebihan”

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Aishah kerana sudi menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di #SFMM malam ini.

“Tidak ada niat menyembunyikan atau berteka-teki tetapi semuanya sudah dipersetujui terutama ketika pihak label dan Ippo Hafiz belum lagi menamakan atau mendapatkan penyanyi untuk lagu ini.

"Banyak proses dilalui dan alhamdulillah, dipermudahkan dan akhirnya kak Aishah tampil malam ini, ” ujarnya.

Siti mengucapkan terima kasih kepada Aishah.

Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik Siti Rosmizah merupakan antara 30 lagu yang bertanding bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Dalam pada itu, Siti berkata, kesudian Aishah menyanyikan lagu itu adalah satu penghargaan buat dirinya berikutan pernah menyanyikan lagu penyanyi berkenaan sewaktu pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) pada tahun 1995.

“Terima kasih Kak Aishah, sebelum ini saya yang menyanyikan lagu beliau dalam persembahan masa belum menjadi artis, kemudian saya sampaikan lagu Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI 1995.

“Hari ini, satu penghormatan buat saya apabila beliau menyanyikan lagu saya, ” ujarnya.

Sebelum ini, nama penyanyi Misha Omar dan Liza Hanim dikaitkan menjadi pengganti bagi menyanyikan lagu tema 7 Hari Mencintaiku 2 itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain