suria

Dikatakan miliki wajah seiras, Raffi Ahmad mahu jumpa pemuda jual bakso

Raffi Ahmad mencari jejaka penjual bakso yang mirip wajahnya.

PELAKON Indonesia Raffi Ahmad meminta bantuan netizen mencari penjual bakso yang dikatakan memiliki wajah seirasnya.

Ini selepas tular video di laman sosial seorang pemuda dilihat memiliki wajah yang hampir sama dengan Raffi.

Menerusi Instagram, Raffi menyatakan hasrat untuk bertemu jejaka berkenaan.

"Hari ini saya menerima kejutan dari @powerrangers turut bersama orang yang mempunyai mirip muka dengan saya.

"Saya dan Rafathar terkejut sangat. Rafathar bingung yang mana satu ayahnya.

"Bila ya saya perlu muat naik vlog antara kami," ujarnya.

Wajah Raffi dan penjual bakso dikatakan seiras.

Menurut laporan Liputan6, netizen beranggapan muka penjual bakso itu lebih jelas mirip dengan wajah Raffi Ahmad pada usia muda.

Raffi menyatakan hasrat untuk bersemuka dengan penjual bakso itu dan tidak sabar untuk memuat naik vlog hasil pertemuan mereka.

Raffi dan isterinya, Nagita Slavina mendirikan rumah tangga pada 17 Oktober 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain