suria

Bapa pertahan nyanyian Nuha Bahrin, anggap kesilapan perkara biasa - “Tidaklah teruk sangat... netizen yang komen pun tak tahu muzik!”

Nuha Bahrin terima sokongan bapa dan keluarga sepanjang perjalanan bergelar anak seni.

BAPA kepada penyanyi baharu, Nuha Bahrin iaitu Saiful Bahrin Abdul Ghafar menganggap kesilapan cara nyanyian anaknya semasa programVokal Mania pada Sabtu lalu merupakan perkara biasa yang dilalui seorang penyanyi.

Melihat reaksi anaknya selepas persembahan itu, Saiful, 42, berkata Nuha sudah mempersiapkan diri dengan sebarang bentuk kecaman dan enggan menjadikan kesilapan itu sebagai pematah semangat.

"Kesilapan itu adalah sebahagian pengalaman yang perlu dia lalui... dia nampak dah bersedia, lebih-lebih lagi ini program realiti, dia kena kuatkan mental dengan pelbagai kecaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian di 'Vokal Mania' teruk dikritik, Nuha Bahrin akan belajar kawal emosi ketika menyanyi - “Ada yang anggap saya mempunyai potensi dalam industri”

"Nuha nampak kuat dan tak patah semangat sebab ini memang minat dia. Saya ada baca komen di laman sosial tapi ramai sahaja yang sokong dia, yang like lebih banyak dari dislike.

"Yang komen buruk berapa peratus sahaja, sikit sangat! Apa-apa pun kesilapan ini merupakan waktu untuk dia belajar perbaiki apa yang patut. Saya harap netizen maafkan dia sebab semua orang tak boleh lari dari kesilapan," katanya kepada mStar.



Nuha tidak patah semangat meskipun dikecam netizen.

Pada Sabtu lalu, persembahan Nuha Bahrin menerusi program realiti nyanyian Vokal Mania mendapat kritikan netizen di laman sosial.

Rata-rata mereka menegur vokal Nuha yang disifatkan tidak kemas dan ada juga segelintir berpendapat bahawa nyanyiannya seperti menjerit.

Biarpun berasa sedih dengan kritikan tersebut namun Nuha mengakui kesilapan tidak memberikan persembahan yang baik pada malam tersebut disebabkan terlalu gementar.

Sementara itu, Saiful berkata anak ketiganya itu seorang yang sangat positif dan tidak berkecil hati dengan komen negatif yang diterima daripada netizen.



Antara komen netizen di laman sosial.

"Malam itu kami sekeluarga tonton dari televisyen dan baca komen netizen semasa persembahan, saya nampak kesilapan itu tapi saya rasa tidaklah teruk sangat... sebab netizen yang komen tu pun tak tahu muzik.

"Saya rasa kesilapan itu perkara normal, netizen pula memang jenis suka komen dengan cara begitu, apa yang penting kita ambil positif sahaja, jangan putus asa," ujarnya.

Pada malam itu, Nuha menyampaikan lagu Kekasih Awal & Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Di Matamu (Sufian Suhaimi) dalam pusingan duet bersama Tomok.

Pada malam saingan episod kedua, Nuha berjaya mendapat undian tertinggi dan memenangi anugerah 'Rookie Star Award'.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain