suria

Ibu tonton video ubat rindu, harap bertemu Sandra Dianne dalam mimpi - “Hari ini genap sebulan kakak tinggalkan mama”

Genap sebulan pemergian Sandra, ibu akui masih rindu.

IBU kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah mengakui perasaan rindu terhadap arwah masih menebal meskipun sudah genap sebulan pemergian anak kesayangannya itu.

Menurut Nur Syakinah, dia masih belum dapat menerima kehilangan anak perempuannya itu dan hanya mampu mengubat kerinduan menerusi rakaman video kenangan bersama arwah.

"Kakak hari ini genap sebulan kakak tinggalkan mama... mama rangkumkan segala memori dalam kehidupan kakak untuk tatapan mama di kala rindu menerpa, meski rindu belum usai, doa mama buat kakak takkan pernah putus.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah! Ibu Sandra Dianne berang didakwa sengaja cabut mesin hayat pada hari Jumaat - “Kamu seolah-olah tuduh saya bunuh anak sendiri!”

"Rindu suara kakak bercakap, setiap hari mama rindu, tiada sehari pun mama tak rindu kakak. Mama benar-benar kehilangan nak... tak tahu nak cakap macam mana lagi.

"Tak ada kata-kata yang mampu memujuk mama untuk berhenti menangisi kakak. Tiada pelukan yang mampu meredakan kedukaan hati mama, kakak dah bawa pergi hampir seluruh jiwa mama bersama, tak akan mama dengar lagi kata-kata yang membahagiakan mama," katanya menerusi laman Facebook.



Ibu luah kerinduan terhadap anak di laman Facebook.

Bagi mengubat kerinduan itu, Nur Syakinah menghasilkan video istimewa kenangan bersama arwah dan memuat naik di laman YouTube pada Sabtu.

Dalam muat naik status yang lain pula, Nur Syakinah turut berharap dapat bertemu dengan anaknya itu di dalam mimpi.

Maafkan mama kerana mama belum kuat untuk kakak... tolonglah datang dalam mimpi mama nak, mama rindu!

NUR SYAKINAH

IBU SANDRA

"Maafkan mama nak belum dapat terima kenyataan ini, terlalu sakit untuk mama hadam... hanya doa setiap waktu untuk kakak yang mampu mama kirim setiap hari dan detik mama menangis teringatkan kakak.

"Maafkan mama kerana mama belum kuat untuk kakak... tolonglah datang dalam mimpi mama nak, mama rindu... kakak belum jenguk mama lagi, hadirlah nak mama terlalu rindu!

"Semoga kakak damai dalam pelukan kasih sayang Allah. Al-Fatihah!," ujarnya.



Nur Syakinah muat naik video kenangan bersama anak di laman YouTube.

Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada 11 September lalu selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain