suria

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hulur dana RM1.2 juta bina masjid di kampung- “Ini saham akhirat, bukan riyak atau menunjuk-nunjuk”

Aeril dan Wawa tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan mereka.

PASANGAN pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merancang untuk membina sebuah masjid yang mampu memuatkan 700 orang jemaah di kampung halaman aktor itu di Johor.

Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, 33, berkata perbincangan mengenainya sudah selesai dan proses pembinaan dijangka akan bermula awal tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi niat bayar zakat setiap bulan, Aeril Zafrel kesal dituduh sengaja buat 'marketing' - “Jangan jadi asbab menyebarkan kebencian”

"Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

Memang bukan berniat nak riyak atau menunjuk-nunjuk.

AERIL ZAFREL

PELAKON

"Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit, Johor dan bersetuju untuk menghulur dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari.

"Proses pembinaan dijangka bermula tahun depan... doakan semoga urusan kami ini dipermudahkan," katanya kepada mStar.

Aeril dan Wawa ditemui semasa majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensyen Shah Alam Convention Center (SACC), Shah Alam, pada Sabtu.

Sementara itu, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riyak.



Aeril dan Wawa rancang bina sebuah masjid.

"Memang bukan berniat nak riyak atau menunjuk-nunjuk... tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami.

"Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.

"Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid... apa yang kami harap sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung," ujarnya.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain