suria

BCL kongsi video 13 tahun lalu, pertama kali bertemu Ashraf Sinclair - “Selalu dengar kisah ini, sekarang dapat lihat videonya”

Penyanyi Bunga Citra Lestari kongsi kenangan saat pertama bertemu suaminya, Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair.

SETELAH empat bulan pemergian pelakon Ashraf Sinclair, isterinya penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi kenangan pertemuan pertama mereka di sebuah program televisyen terbitan Astro pada tahun 2007.

Menerusi video tersebut, arwah Ashraf yang juga merupakan pelakon baharu pada waktu itu beberapa kali tersasul memanggil nama BCL sebagai Bunga Cinta Lestari.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah sebut nama Bunga Cinta Lestari detik perkenalan BCL, Ashraf... ini 10 fakta kisah cinta sejati mereka

Berikutan insiden tersebut, hubungan mereka semakin rapat dan dalam diam menjalinkan hubungan jarak jauh antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Menerusi perkongsian tersebut, BCL turut menulis kapsyen berbunyi ‘pertama kali ketemu kamu’ di Instagram Storynya.



Bunga bersama suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair dan anak mereka, Noah Aidan Sinclair.

Sementara itu, posting tersebut turut menarik perhatian ramai kenalan artis serta peminat yang rata-ratanya memberi semangat kepada penyanyi itu di ruangan komen.

"Saya selalu dengar kisah ini, sekarang saya dapat lihat videonya. Al-Fatihah," komen pengacara Yasmin Hani.

"Kak Bunga, Al-Fatihah," tulis penyanyi Indonesia Lala Marion.

"Peluk Bunga," ujar pereka fesyen terkenal Indonesia Didiet Maulana.



Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.

Pemergian arwah Ashraf bukan sahaja memberi tamparan kepada keluarga malah semua orang yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.

Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain