Yonnyboii dibuli ketika usia 12 tahun, pernah terfikir terjun tingkap - “Sekumpulan pelajar ejek saya kepala tabung”

Yonny meluahkan perasaannya melalui penulisan.

GARA-GARA mengalami kecederaan dan luka berdarah di kepala, penyanyi rap dan komposer Yonnyboii mendedahkan dia dibuli rakan sekolahnya.

Yonny berkata, kejadian yang berlaku ketika berusia 12 tahun itu telah membuatkan dirinya trauma dan kemurungan sehingga pernah terfikir untuk terjun dari tingkap.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak ramai kawan, suka menyendiri dan cepat marah” - Yonnyboii cerita kisah peribadi di zaman sekolah



Yonnyboii mula alami kemurungan sejak usia 12 tahun.

"Ketika berusia 12 tahun, saya pernah kemalangan dilanggar kereta sehingga menyebabkan cedera di kepala. Disebabkan bapa saya tegas, walaupun tengah sakit dia tetap suruh pergi ke sekolah.

"Jadi, saya pergi la dalam keadaan sakit dan waktu itu ada sekumpulan pelajar buli dan ejek saya dengan memanggil kepala tabung sebab luka itu betul-betul di tengah kepala.

"Bagi saya, ketika itu saya tak tahu maksud apa itu kemurungan. Tak faham dengan apa yang saya rasa. Pernah saya terfikir kalau terjun tingkap, mati... apa rasanya? Apa yang orang akan kata?" kata Yonnyboii kepada mStar.

Walaupun waktu itu hanya 20 orang saja yang dengar tapi saya rasa bangga.

YONNYBOII

PENYANYI

Yonny berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu baharu bersama Azlan Typewritter berjudul Kelabu di Menara Symphony, Seksyen 13, Petaling Jaya pada Isnin.

Sejak itu, penyanyi lagu Sakit ini memberitahu mula meluahkan perasaan menerusi penulisan bagi membantunya keluar dari fasa kemurungan tersebut.

"Waktu sekolah kita tak didedahkan dengan kesedaran mengenai kemurungan ini. Jadi, kita ambil mudah saja sebab tak faham. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan, jadi masa umur 13 tahun saya mula menulis.



Yonnyboii dan Azlan bergandingan menerusi lagu Kelabu.

"Saya bermula dengan menulis dalam diari dan lama-kelamaan saya tulis lirik pula. Dengan cara itu saja dapat saya penuhi ruang kosong dalam diri saya.

"Saya kongsikan lirik dan lagu itu untuk orang dengar. Walaupun waktu itu hanya 20 orang saja yang dengar tapi bangga sebab sekurang-kurangnya ada orang dengar luahan perasaan saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain