Hun Haqeem terlibat kemalangan motosikal, cedera teruk di tumit

Hun mengalami kecederaan teruk di tumit kakinya.

PELAKON Hun Haqeem mengalami kecederaan teruk di bahagian kedua-dua tumit apabila terjatuh dari motosikal pada awal pagi, Ahad di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada Hun Haqeem iaitu Suraya, memberitahu anaknya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak watak ‘Jekfer’ dalam Kampung People

Selain tumit kaki, pelakon yang popular menerusi drama Kampung People itu juga mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada petang atau malam Ahad.

Hun turut berkongsi keadaannya di Instastory.

"Hun Haqeem jatuh motosikal sekitar pukul 12 lebih tengah malam tadi. Sekarang dia masih di HUKM. Dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian tumit.

"Disyaki mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini. Kemungkinan akan dibedah sekitar petang atau malam," katanya.

Pihak pengurusan Hun iaitu syarikat Metrowealth ketika dihubungi mStar turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu aktor tersebut masih menunggu giliran untuk dibedah.

Disyaki mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini. 

SURAYA

IBU KEPADA HUN HAQEEM

Hun Haqeem turut memuat naik beberapa foto kecederaan yang dialaminya di Instastory miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Suraya memberitahu kaki anaknya tidak boleh bergerak dalam masa empat hingga enam minggu sekiranya disahkan mengalami masalah ligamen.

Suraya juga memohon agar semua peminat mendoakan segala urusan dipermudahkan dan Hun Haqeem diberikan kesembuhan dengan cepat.

Hun mengalami kecederaan ligamen dan perlu jalani pembedahan.

"Ketika pembedahan nanti, kalau sah ligamen Haqeem tercedera, kaki dia tidak boleh bergerak dalam tempoh empat hingga enam minggu.

"Buat masa sekarang, Haqeem masih dirawat dalam bilik wad dan berharap kita sama-sama mendoakan agar segalanya dipermudahkan serta diberikan kesembuhan," ujarnya.

Hun Haqeem kini sedang menjalani penggambaran drama Seindah Tujuh Warna Pelangi untuk slot Akasia di TV3.

Hun Haqeem

Artikel Berkaitan

Artikel Lain