suria

“Selagi tak keluar dari mulut saya, jangan buat andaian” - Mira Filzah komen gosip sedang bercinta

Mira Filzah enggan mengulas mengenai hubungan cintanya. Foto: Instagram MIRA FILZAH @mfmirafilzah

DESAS-desus hubungan cinta pelakon popular Mira Filzah dengan seorang jejaka masih menjadi tanda tanya apabila wanita itu enggan mengulas perkara berkenaan. 

Bagaimanapun, Mira atau Nur Amirah Filzah Boediman berkata, dia akan mendedahkan perkara itu jika hubungan tersebut benar-benar pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Imej bertudung hadkan pemilihan watak” - Mira Filzah teringin cuba babak aksi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya memang tampar dia betul-betul” - Pelempang Mira Filzah hinggap ke muka Zul Ariffin

“Tak ada apa nak komen pun, InsyaAllah kalau benda tu official ke confirm ke, saya akan bagi tahu, saya tak akan sorok.

“Tak adalah tahu-tahu nikah. Kalau ada nanti kita akan bagi tahu.

Nothing to reveal, sekarang,” jelasnya.

Mira berkolaborasi bersama Christy Ng bagi koleksi beg dan kasut koleksi raya.

Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Mira mendedahkan sedang berkenalan dengan individu yang enggan didedahkan identitinya serta bukan dalam kalangan penggiat industri seni.

Dalam pada itu, Mira berharap peminat dan orang ramai tidak memberikan sebarang andaian terhadap perkara itu. 

Tapi selagi tak rasmi, tak keluar daripada mulut Mira sendiri, kita jangan buat andaian.

MIRA FILZAH

PELAKON

Katanya, perkara itu hanya boleh dipercayai jika kenyataan tersebut keluar daripada dirinya sendiri. 

“Mira berkawan dengan ramai orang. Tak semestinya bila kita keluar dengan orang itu, itulah orangnya.

“Bagi Mira siapa yang nampak tu, nampaklah, yang tahu tu, tahulah.

“Tapi selagi tak rasmi, tak keluar daripada mulut Mira sendiri, kita jangan buat andaian,” ujarnya.

Mira Filzah ketika ditemui dalam majlis pelancaran beg dan kasut koleksi raya kolaborasi bersama Christy Ng di Glasshouse Seputeh pada Khamis.

Mira teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lama.

Dalam pada itu, bercerita soal kerjaya Mira berkata, dia teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lama. 

“Mira sebenarnya teringin nak berlakon dengan pelakon-pelakon lama seperti Redza Minhat, Datuk Rosham Nor.

“Bagi Mira, pelakon lama dan baru sebenarnya sama sahaja. Tetapi, orang lama dalam industri ni banyak benda kita boleh belajar, sebab mereka lebih berpengalaman,” katanya.

Mira Filzah

Artikel Lain