suria

“Sepatutnya 2020 tapi perancangan Allah lebih baik” - Nina Iskandar lahirkan anak lebih awal daripada jangkaan

Nina lahirkan anak lebih awal dari jangkaan.

PELAKON Nina Iskandar selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada pukul 9.25 pagi, Isnin.

Nina, 28, berkata kelahiran bayinya itu lebih awal daripada jangkaan namun dia reda dan percaya dengan ketentuan dari Allah SWT.

"Kamu sepatutnya menjadi bayi 2020 tapi saya percaya Allah ada perancangan lebih baik. Assalamualaikum dan selamat datang ke dunia anakku!

ARTIKEL BERKAITAN: Nina Iskandar hamil, bakal lahir anak generasi 'Wawasan 2020'

"Tak kira di dunia atau akhirat, kamu adalah rahmat dan hadiah luar biasa daripada Allah SWT yang memberikan saya kebahagiaan merasai gelaran ibu.

"Sekarang kamu adalah tanggungjawab saya dan saya berjanji dengan seluruh hidup ini akan melindungi dan menjaga kamu selagi saya masih bernafas," katanya.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram.

Nina berkongsi berita gembira di Instagram.

Bagaimanapun, dia masih belum mendedahkan jantina dan wajah anak kesayangannya itu.

Ruangan komen pada foto tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Sekarang kamu adalah tanggungjawab saya dan saya berjanji dengan seluruh hidup ini akan melindungi dan menjaga kamu selagi saya masih bernafas!

NINA ISKANDAR

Pelakon

Mereka turut berkongsi keterujaan dengan perkhabaran tersebut dan berharap kehadiran bayi tersebut memberi sinar dalam hidup Nina serta suami.

Pada 4 Ogos lalu, Nina Iskandar dan suaminya iaitu penolong pengarah drama, Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah melangsungkan majlis resepsi di Cheras, Selangor.

Pasangan ini bernikah pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

Nina Iskandar

Artikel Lain