“Selamat datang sayang” - Peminat menjerit tak keruan bila Tor cakap Melayu - Hiburan | mStar

“Selamat datang sayang” - Peminat menjerit tak keruan bila Tor cakap Melayu

Sembilan selebriti popular Thailand bakal hiburkan peminat di konsert dimsum Thai Pop 2019.

PELAKON dan penyanyi Tor memikat hati peminatnya di Malaysia apabila bertutur dalam bahasa Melayu ketika bertemu di majlis pelancaran ulang tahun ketiga dimsum yang berlangsung di Central i-City Mall, Shah Alam pada Sabtu.

Kehadiran Tor bersama lapan selebriti popular Thailand itu adalah bersempena meraikan ulang tahun platform perkhidmatan langganan video on demand tersebut.

Selain Tor atau nama sebenarnya Thanapob Leeratanakachorn, penyanyi dan pelakon lain iaitu Sunny, Jaylerr, Captain, Ice, Sky, Pearwah dan Thanaerng bakal menemui peminat secara eksklusif di konsert dimsum Thai Pop 2019 yang bakal berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan artis popular Thailand bakal beraksi di konsert dimsum Thai Pop 2019

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim, sembilan artis terkenal Thailand ini diundang kerana meraih populariti menerusi beberapa drama Thailand yang popular di rantau Asia.

"Kami mahu menyambut ulang tahun kelahiran dimsum yang ke-3 bersama barisan selebriti popular Thailand bagi meraikan populariti mereka yang mula dikenali di rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Star, Andreas Vogiatzakis (enam dari kanan) meraikan sambutan ulang tahun ke-3, dimsum.

"Semenjak pengisian Thai diperkenalkan di dimsum, kami terima sambutan positif daripada pelanggan dan peminat.

"Justeru itu kami berusaha untuk memenuhi permintaan peminat dengan membawakan artis kesayangan mereka," katanya kepada mStar.

Lebih menarik konsert tersebut menjadi sejarah tersendiri buat kumpulan pop popular kegilaan ramai Nine by Nine yang pertama kali mengadakan persembahan di Malaysia. 

Tiket konsert dijual bermula dengan harga serendah RM199 untuk zon (PS3), RM299 untuk zon (PS2), RM359 zon (PS1) dan RM599 zon (VIP) dan boleh didapati di laman web rasmi ticket charge (www.ticketcharge.com.my)

Untuk makluman lanjut, layari www.dimsum.asia atau halaman Facebook rasmi dimsum (Facebook/dimsum.asia) atau Instagram @dimsumasia.

Dimsum

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain