suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar hos, Shuk belajar ilmu agama

Shuk berpeluang bertanya kepada orang lebih arif soal agama Islam.

PELAWAK Shuk (Balas) memberitahu dia berasa seronok dapat menambah ilmu selain menjadi moderator dan hos untuk Karnival Geng Masjid.

Menurut Shuk, 33, menerusi karnival tersebut dia berpeluang bertanya soalan berkaitan dengan hukum agama secara terus kepada orang yang lebih arif.

"Saya sertai Karnival tu bukan semata-mata sebab dipanggil untuk menjadi hos dan moderator tapi sebab saya seronok dapat menambah ilmu pengetahuan.

"Bila menjadi moderator ni saya juga berpeluang untuk bertanya soalan-soalan yang tidak pasti kepada orang yang lebih arif dalam bab agama Islam.

Shuk seronok jadi hos dan moderator untuk Karnival Geng Masjid.

"Sebagai contoh, puasa enam yang saya ingatkan kena buat berterusan tapi rupa-rupanya kita boleh berhenti dan sambung keesokan harinya," katanya kepada mStar.

Shuk ditemui ketika majlis sidang perjanjian kerjasama Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 dan Karnival Geng Masjid di Hotel De Palma, Ampang pada baru-baru ini.

Program Geng Masjid bagi edisi kedua akan mula diadakan bermula Julai depan hingga April 2020 di 50 buah masjid terpilih.

Dalam pada itu, Shuk menganggap pembabitannya dalam karnival tersebut merupakan rezeki anak-anaknya.

Shuk dan isteri bakal timang cahaya mata kedua pada Julai depan.

Shuk turut meluahkan rasa teruja apabila dia dan isterinya bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Julai depan.

"Insya-Allah anak kedua saya juga perempuan dan isteri saya dijangka bersalin pada hujung Julai nanti.

"Alhamdulillah, pembabitan saya untuk Karnival Geng Masjid kali ini juga sebahagian daripada rezeki anak-anak saya," ujarnya.

Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 2 tahun.

Shuk, Balas

Artikel Lain