suria

Protege Siti Nordiana, Zaaim juara Mentor 7, bawa pulang RM80,000

Zaaim menepati ramalan apabila bergelar juara program Mentor 7 yang berlangsung pada malam Ahad. Foto Instagram @tv3malaysia

SHAH ALAM: Protege Siti Nordiana iaitu Zaaim diumumkan sebagai juara pertandingan Mentor 7 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini pada malam Ahad.

Zaaim atau Zaaim Abdullah, 28, menyampaikan dua buah lagu iaitu Bukan Rayuan Gombal nyanyian asal Judika dan Gemuruh duet bersama Lan Solo.

Zaaim menewaskan tiga orang pesaingnnya yang tidak kurang hebat iaitu Amirul yang juga protoge Hafiz, Pasya (Aizat) dan Ranisha (Datuk Syafinaz).

Kemenangan itu melayakkan Zaaim menerima hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan sebuah kereta tajaan Aerocar.

Pasya mendapat tempat kedua.

Pasya atau Faizul Ashraf Fauzi, 24, yang memenangi tempat kedua menerima wang tunai RM40,000 dan tempat ketiga milik Azmirul, 26, membawa pulang wang tunai RM20,000.

Manakala Ranisha atau Farranisha Shazwany, 18, turut menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

Menurut juri tetap, Datuk Wah Idris berkata, persembahan Zaaim pada malam final ini merupakan persembahan terbaiknya sepanjang berada dalam program realiti itu.

“Tak tahu nak komen apa, malam ni persembahan awak betul-betul hebat, awak menyanyi penuh dinamik, ada semangat dan hidup sehingga buat saya ‘rasa’.

Protoge Hafiz, Amirul mendapat tempat ketiga.

“Awak perlu berterima kasih kepada mentor awak yang beri awak peluang untuk berada di pertandingan ini. Tahniah awak buat saya dan semua terhibur,” ujarnya.

Selain Datuk Wah, persembahan empat peserta turut dinilai olen Mas Idayu yang mempengaruhi 50 peratus daripada markah keseluruhan.

Manakala markah ditambah pula dengan 20 peratus undian juri awam yang terdiri daripada wakil industri hiburan dan 30 peratus undian atas talian.

Malam kemuncak Mentor 7 itu dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan dan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Ella.

Mentor 7, Zaaim, Siti Nordiana

Artikel Berkaitan

Artikel Lain