suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azam tahun baharu Sarah Suhairi ingin sambung belajar

Sarah Suhairi.

PENYANYI yang sedang mencipta nama Sarah Suhairi berazam untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun hadapan.

Sarah, 18, berkata, dia terpaksa melepaskan peluang itu sebelum ini berikutan mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya ada mohon untuk ke IPTA dan Alhamdulillah diterima masuk tapi ketika itu juga datang tawaran menyertai program Big Stage.

"Saya fikir untuk meneruskan pelajaran sahaja sebab ketika itu single Pedih baru sahaja keluar namun ayah saya minta cuba dahulu Big Stage," ujarnya kepada mStar Online.


Sarah berhasrat untuk sambung pengajian di IPTA.

Sarah bersyukur selepas menjuarai program realiti itu, kerjayanya dalam bidang nyanyian semakin cerah dan mempunyai hala tuju.

Bagaimanapun, dia tidak pernah memadam hasrat untuk menyambung pelajarannya.

"Rancangannya memang tahun depan, tapi saya masih berbincang untuk ambil kursus apa.

"Saya kena tengok kelapangan dan cari kursus yang boleh ikut masa saya sekarang ni," ujarnya.

Sarah Suhairi

Artikel Lain