Rumah Zur Eda ditenggelami air akibat banjir kilat

Inilah keadaan rumah Zur Eda yang ditenggelami air akibat banjir kilat pada Khamis. Foto: Ihsan peminat

PETALING JAYA: Banjir kilat yang melanda kawasan Damansara pada Khamis turut menyebabkan rumah penyanyi era 1980-an iaitu Zur Eda di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini ditenggelami air.

Zur Eda, 53, yang juga peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) bagaimana tiada di rumah kerana berada di Perlis bersama suaminya untuk menjayakan sebuah persembahan.

Difahamkan limpahan air sedalam kira-kira satu meter itu menyebabkan barang-barang dan kelangkapan rumah penyanyi itu tidak dapat diselamatkan.

Dalam pada itu suami Zur Eda iaitu Zulkifli Mohd Yusoff, 56, yang dihubungi mStar Online berkata, dia hanya dimaklumkan oleh anaknya rumah ditenggelami air namun tidak mendapat cerita terperinci keadaan yang berlaku.

Zur Eda

“Anak ada beritahu rumah dimasuki air tetapi dia orang tak mahu saya dan Eda susah hati, jadi mereka tidak berkongsi keadaan rumah kami.

“Apabila balik ke Kuala Lumpur petang ni barulah saya akan dapat lihat sendiri keadaan sebenar rumah kami,” katanya.

Dalam kejadian pada petang Khamis, beberapa kawasan di sekitar Sungai Buloh mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 5 petang.

Kejadian turut berlaku di Kota Damansara, Kampung Paya Jaras, Kampung Kubu Gajah dan Rawang yang dinaiki air setinggi 50 sentimeter sehingga mencecah satu meter.

Bagaimanpun tiada pusat pemindahan banjir dibuka.

Zur Eda

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain