suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Wak Doyok meninggal dunia

Wak Doyok berkongsi berita sedih di laman sosialnya.

BAPA kepada ikon fesyen Wak Doyok iaitu Mohd Nor Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 86 tahun pagi Khamis.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor memberitahu berita sedih itu menerusi laman sosial Instagram.

"Baba saya baru sahaja meninggal dunia.  Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wak Doyok sertai Amanah

Wak Doyok berkongsi berita sedih menerusi laman sosialnya pada pagi Khamis.

Difahamnya Allahyarham meninggal dunia akibat sakit usus bengkak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah dan berharap personaliti media sosial itu reda dengan pemergian tersebut.


Wak Doyok

Artikel Lain