suria

“Mana ada majlis, masing-masing sibuk kerja” - Aidil ulas bertunang dengan Fasha

Fasha Sandha dan Aidil dikhabar sudah bertunang.

PELAKON Aidil Aziz menafikan spekulasi sudah mengikat tali pertunangan dengan aktres Fasha Sandha baru-baru ini. 

Aidil, 31, berkata, mereka masih belum memikirkan soal perkahwinan dalam masa terdekat memandangkan kedua-dua kini fokus dengan kerjaya lakonan masing-masing.

"Tiada majlis bertunang pun kami masih lagi berkawan rapat dan kenali hati budi masing-masing. Buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja.

"Insya-Allah kalau ada jodoh kami akan beritahu pada semua," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKAL BERKAITAN: Fasha Sandha, Aidil Aziz dah jumpa keluarga


Instastory Fasha dan bekas suami Jejai pada hari yang sama menimbulkan spekulasi banyak pihak.

Aidil mengulas khabar angin bahawa dia dan pelakon jelita itu sudah mengikat tali pertunangan baru-baru ini selepas bekas suami Fasha iaitu Rizal Ashram
mengucapkan tahniah di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aidil berkata, dia selesa berkawan dengan Fasha disebabkan sikap penyayang dan baik hati yang ada pada wanita itu.

"Saya sentiasa menghormati dia dan dia seorang yang baik hati dan penyayang. Apa yang baik kita ambil dan kelemahan kita baiki sama-sama.

"Banyak perkara yang saya belajar daripada dia dan niat saya untuk berkawan dengan dia juga baik," ujarnya.

Sementara itu, Aidil mengakui rezekinya lebih murah selepas berkawan dengan wanita tersebut.

"Alhamdulillah, susah nak cakap tentang rezeki, jodoh, maut semua Allah dah aturkan. Saya bersyukur apa yang sudah diberikan," ujarnya.

Aidil Aziz, Fasha Sandha

Artikel Lain