suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Pakai baju itu ketika bertugas, dosa saya dengan Tuhan" - Fasha Sandha

Fasha Sanda berkata dia memakai baju berkenaan hanya ketika bertugas.

PELAKON Fasha Sanda berang dan menegur tindakan seorang individu yang memberi komen negatif terhadap pemakaiannya di laman sosial pada Ahad.

Fasha, 34, menjelaskan memakai baju menampakkan dada dan berpenampilan seksi hanya dilakukan ketika bekerja dan ia adalah dosanya dengan tuhan.

"Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni?

"Terima kasih. Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak tutup komen ke nak buka komen ke nak buat apa pun, awak tak payah sibuk," tulisnya.

Fasha memuat naik foto individu beri komen negatif di IG miliknya.

Fasha turut memuat naik foto wanita itu yang didakwa menulis komen negatif menegur tentang baju paras dada yang dipakai Fasha pada salah satu foto di Instagram miliknya.

Individu yang menggunakan akaun @Monalizarazali ini meninggalkan komen, mempersoalkan tindakan pelakon itu menutup ruangan komen pada foto tersebut.

Sementara itu, Fasha menganggap tujuan individu itu menulis komen berkenaan hanya untuk meraih perhatian semata-mata.

Selain itu, pelakon Mami Jarum ini turut mengingatkan agar tidak ada lagi netizen yang memberi komen negatif dengan niat untuk membuli artis.

"Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambik tau pasal kita, nak perhatian, i bagi promosi percuma pada awak. Biar pengikut awak bertambah," tulisnya. 


Fasha Sandha

Artikel Lain