suria

Buka je Instagram ada ‘keke challenge’! Rimas la - Umie Aida

Umie harap masyarakat boleh membuat cabaran yang mencabar minda dan fizikal.

CABARAN tarian 'keke challenge' yang bermula dari negara Barat kini menjadi ikutan dalam kalangan anak-anak muda, selebriti dan personaliti tempatan.

Baru-baru ini, pengacara Datuk Aznil Nawawi dan pelakon Adam Shahz ada meluahkan pendapat tidak gemar dengan aktiviti yang kini semakin tular di laman sosial.

Terbaru, pelakon Datin Umie Aida juga mempunyai pendapat yang sama dan berharap masyarakat mencuba sesuatu cabaran lain yang boleh mencabar minda dan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak sangat mentaliti cetek” – Adam Shah selar selebriti buat ‘keke challenge’


Umie berharap tiada lagi 'keke challenge'.

"Tolong jangan ada lagi keke. Buka Instagram semua dengan #kekechallenge hmmm..." Cubalah buat #challenge yang mencabar minda dan fizikal," tulis Umie menerusi laman Instagramnya.

Umie turut memuat naik video dengan mengatakan dia berasa tidak senang melihat trend tarian yang menggunakan lagu terbaru Drake berjudul In My Feelings.

Pelakon filem Dukun ini juga mencadangkan untuk melakukan cabaran mendaki gunung atau bukit.

"Depa (mereka) dok sibuk dengan #kekechallenge naik rimas me (saya) tengok. Tak nak pula buat #hikingchallenge," katanya.

Shiha Zikir (dari kiri), Janna Nick, Khai Bahar dan Fatin Afeefa antara selebriti tempatan yang melakukan cabaran tarian tersebut.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial juga bersetuju dengan pendapat Umie dan mereka mahu mengikuti pelakon filem Dukun itu mendaki.

"Betul setuju... Tapi saya tak mendaki tempat macam ini. Menggeletar kepala lutut. Kalau setakat bukit tu boleh la.

"Setuju ini baru betul-betul cabaran. Mereka tak mampu mendaki sebab tu mampu tergedik-gedik saja.

"Alhamdulilah ternyata ada lagi pelakon yang pandai tak buat keke challenge tu," komen beberapa netizen.

Antara selebriti tempatan turut melakukan cabaran itu ialah Irfan Haris, Hafidz Roshdi, Khai Bahar, Janna Nick, Siti Sarah, Elite dan Ezad Lazim.

Datin Umie Aida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain