“Nampak sangat mentaliti cetek” – Adam Shah selar selebriti buat ‘keke challenge’

Status Adam mengenai golongan yang melakukan video tarian cabaran Keke ditujukan secara umum.

PELAKON Adam Shah meluahkan pendapatnya bahawa trend tarian 'keke challenge' kebanyakkan dilakukan orang awam di negara luar dan bukan dalam kalangan selebriti seperti di negara ini.

Adam, 36, berkata, golongan selebriti sepatutnya menjadi contoh yang baik dan tidak mempunyai mentaliti cetek dengan terikut-ikut melakukan tarian tersebut.

"Serius Kiki Dance di luar negara kebanyakkan hanya orang awam yang buat. Tapi di Malaysia, personaliti, artis, influencer yang banyak buat.

"Nampak sangat mentaliti cetek. Sepatutnya tunjukkan teladan yang baik," kata Adam menerusi laman sosialnya.

Antara status Adam mengenai video tarian yang sedang tular.

Video tarian yang bermula dari negara Barat kini menjadi fenomena dan ikutan di media sosial semenjak minggu lalu.

Malah, trend yang menggunakan lagu single terbaru nyanyian Drake berjudul In My Feelings ini kebanyakkan dilakukan anak-anak muda dan selebriti tempatan.

Pelakon yang popular menerusi drama Juvana ini mengatakan masyarakat Malaysia jauh sekali mahu mengikuti ajaran Islam dan sunnah.

Menurut Adam, ada banyak lagi cara sekiranya seseorang itu mahukan perhatian namun tidak perlu mengikuti trend yang membahayakan.

"Ajaran Islam dan Sunnah tak ada pula cepat ikut. Buat jauh sekali. Saya pun bukan baik, cuma kesian tengok mentaliti orang kita.

Antara selebriti yang melakukan video tarian. Dari kiri, Shiha, Janna Nick, Khai Bahar dan Fatin Afeefa.

"Ikut trend yang membahayakan. Banyak lagi cara lain sekiranya mahukan perhatian. Bayangkan jika apa yang anda lakukan memudaratkan orang lain," tulisnya.

Bagaimanapun, Adam menjelaskan status tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa dan hanya untuk umum.

Bekas isteri Adam iaitu Fatin Afeefa juga salah seorang selebriti yang melakukan video tersebut.

Selain itu, antara selebriti yang turut serta melakukan cabaran itu adalah Irfan Haris, Hafidz Roshdi, Khai Bahar, Janna Nick, Siti Sarah, Elite dan ramai lagi.

Adam Shah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain