suria

Artis, peminat bakal meriahkan siaran luar Suria di Tasik Putrajaya

PETALING JAYA: Stesen radio Suria buat julung kalinya akan mengadakan siaran luar di atas kapal cruise di Tasik Putrajaya pada Sabtu ini.

Ia merupakan kolobrorasi antara Suria dan Cruise Tasik Putrajaya sebagai kesinambungan siaran-siaran luar radio itu sebelum ini.

Menurut Pengurus Program Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, koloborasi berkenaan bertujuan menyuntik sedikit kelainan dalam penganjuran acara siaran luar radio.

"Suria sentiasa optimis dan berdaya saing dalam menghasilkan siri digital original dan juga penganjuran acara luar konti yang lebih mendekatkan penyampai Suria dengan pendengar setia," ujarnya kepada mStar Online.

Ujar DJ Lin lagi, pendengar bertuah yang dipilih melalui peraduan di Suria turut bersama-sama diberi peluang melayari Tasik Putrajaya sambil menyertai aktiviti ramah mesra bersama penyampai Suria dan artis-artis jemputan seperti Francisca Peter dan Lan Solo.

Siaran luar sebelum ini yang melibatkan segmen Suria Petang dan Suria Cinta telah diadakan di Mydin USJ, Subang Jaya pada 6 April lalu.

Bagi penganjuran pada Sabtu ini pula, ia bakal menampilkan hampir kesemua penyampai Suria seperti Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Tyzo, Suraya, DJ Lin dan Halim Othman.

Malah, ia juga bakal dihangatkan dengan kehadiran  artis jemputan seperti Fransisca Peter dan Lan Solo.

Suria, DJ Lin

Artikel Lain