suria

5,000 Peminat Banjiri Kenduri Fattah Amin & Fazura

SHAH ALAM: Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis resepsi pasangan pelakon sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura yang diadakan khas untuk peminat di Royale Palace di sini pada Ahad.

Peminat setia pasangan itu mula membanjiri lokasi majlis sejak pukul 1 petang dan kehadiran mereka tidak putus-putus sejak itu sehingga majlis selesai pada pulul 4 petang tadi.

Pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini mengadakan majlis itu sebagai mengotakan janji untuk meraikan hari bahagia mereka bersama peminat.

Pasangan pengantin bersanding di atas pelamin indah rekaan rekateemor. Foto Instagram : @reekateemor

Rata-rata tetamu yang hadir mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis popular antaranya Khai Bahar, Bob Yusuf dan Fazli Zainal.

Lebih istimewa, pasangan ini sempat mendendangkan lagu duet mereka berjudul Cinderella di hadapan ribuan tetamu.

Peminat memenuhi ruang dewan bagi melihat pasangan pengantin dari dekat.

Fattah, 27, dan Fazura, 34, selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

Pada 25 Februari lalu, sebuah majlis resepsi bertemakan 'fairytale' turut diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, khusus untuk anggota keluarga dan rakan terdekat.

Fattah Amin, Fazura

Artikel Lain