suria

Pilunya Intan Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Sambil Menanti Detik Diceraikan

Intan berkongsi luahan hati di laman Instagram.

SEMALAM bersamaan 1 Mac 2018 adalah ulang tahun kelima perkahwinan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan Intan Liana Saleh yang seharusnya diraikan dalam suasana penuh kasih sayang antara suami isteri.

Namun ia berbeza sekali bagi Intan, 33, kerana sehari sebelum itu dia terpaksa hadir ke mahkamah syariah bagi urusan perceraian selepas Ude berhajat untuk 'menghadiahkan' talak buatnya.

Menjelang ulang tahun perkahwinan yang disambut pada Khamis itu, Intan meraikannya dengan air mata kesedihan kerana bakal menjadi ibu tunggal walaupun dia sudah bersedia untuk berkongsi kasih sayang hidup bermadu dengan aktres Izreen Azminda.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Bakal Jadi Isteri Pertama, Ude Mahu Ceraikan Intan

Intan reda dengan ketentuan Allah.

Dalam luahannya Intan, 33, berkata meskipun riak wajahnya nampak tenang namun jauh daripada lubuk hati dia tidak mampu menggambarkan perasaan itu.

"Sedih itu datang daripada hati dan bukan daripada muka. Luaran nampak happy tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta, semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita.

"Aku pernah sayang orang sepenuh hati, sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia," tulisnya di laman InstaStory pada Khamis.

Intan berkongsi luahan hati di Instastory.

Kapsyen tersebut dimuat naik berserta foto persandingannya bersama pemuzik bebas berkenaan yang dirakamkan lima tahun lalu.

Menerusi laporan mStar Online bertarikh 28 Februari, Intan reda dengan keputusan suaminya untuk menceraikan dia secara baik walaupun hakikatnya dia enggan perkara itu terjadi.

Malah, dia memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai situasi rumah tangga mereka sekarang kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

"Segala-galanya terpulang kepada Ude. Saya akur dan reda dengan keputusan dan lafaz cerai daripada Ude nanti.

Izreen merupakan isteri kedua Ude.

"Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya. Maaf, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut perkara ini," jelas Intan.

Pasangan berkenaan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu lalu bagi proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari berkenaan namun ia ditanggungkan pada 22 Mac depan.

Ia berikutan peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Ude (berkaca mata) bersama peguam Datuk Mohd Zaidi Zain semasa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

Intan Liana, Izreen Azminda, Ude

Artikel Lain