suria

Kamal Adli Kecewa Dengan Janji Palsu

Kamal pernah kecewa apabila watak yang ingin diberikan kepadanya hanya janji palsu. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI.

PELAKON Kamal Adli mengakui pernah melalui fasa kekecewaan sepanjang sembilan tahun dalam bidang lakonan.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 31, berkata dia pernah rasa dipermainkan apabila watak yang ditawarkan hanya janji palsu.

"Tipulah, selama sembilan tahun berlakon saya tak melalui fasa-fasa kekecewaan. Tapi saya tak terlalu bercerita, hanya keluarga dan rakan terdekat saja tahu.

"Saya pernah dikecewakan apabila watak yang ingin diberikan hanya janji palsu. Rasa seperti dipermainkan pula.


Emma dan Kamal dinobatkan sebagai Pelakon Prolifik di Anugerah Telenovela 2017.

"Pernah juga saya tolak tawaran lain selama tujuh bulan untuk tunggu tarikh penggambaran yang telah dipersetujui awal namun tidak jadi," kata Kamal kepada mStar Online.

Tambah pemenang Pelakon Prolifik Anugerah Telenovela ini, dia juga pernah melakukan perubahan pada fizikalnya untuk memenuhi watak yang diberikan.

Selepas dia berbuat demikian, watak tersebut telah diberikan kepada orang lain. Malah, disebabkan itu juga dia terpaksa menolak tawaran lain.

Kamal Adli.

"Bayangkan saya pernah disuruh naikkan berat badan dan botakkan kepala untuk memenuhi kehendak satu watak ini. Bila dah buat semua itu, tiba-tiba watak tersebut diberikan kepada orang lain.

"Sudahnya saya tak boleh terima beberapa tawaran lain. Iyalah, bila badan dah naik, kepala pun dah botak, susah nak cari watak yang sesuai," ujarnya.

Bagaimanapun, Kamal menganggap apa yang berlaku ada hikmah dan ia juga membuatkan dia lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.

"Tapi semua yang berlaku ada hikmah. Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk saya.

"Apa yang berlaku itu juga membuatkan saya lebih matang untuk berhati-hati dalam membuat keputusan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Kamal dan rakan kongsinya, Abdul Rahman Hussain telah membuka kilang untuk memasarkan produk-produk daripada usahawan tempatan.

Kamal Adli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fizo, Mawar Dapat Anak Perempuan

Artikel Lain