suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fizo, Mawar Dapat Anak Perempuan

PETALING JAYA: Isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, dekat sini, kira-kira pukul 4.01 petang Jumaat.

Mawar, 28, yang juga pengasas tudung Fareeda itu melahirkan bayi berkenaan secara pembedahan dengan berat 2.78 kilogram.

"Alhamdulillah, Syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan kami pada pukul 4.01 petang tadi.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami," ujarnya.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013.

Pasangan ini mendapatkan rawatan kesuburan pada 6 Januari tahun lalu selepas berkahwin lebih daripada dua tahun.

Fizo Omar, Anak Perempuan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain