Rakan Artis Tumpang Sedih Penyakit Elyana - Hiburan | mStar

Rakan Artis Tumpang Sedih Penyakit Elyana

Syura mendedahkan di Instagram peribadinya dia mengetahui keadaan kesihatan Elyana namun terpaksa merahsiakannya.

PENGUMUMAN mengejut penyanyi Elyana yang mendedahkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejurus tersingkir pada pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4) pada malam Ahad lalu mengejutkan peminat.

Malah ramai rakan selebriti turut terkejut dengan pengumuman dibuat Elyana sehingga mereka tampil menyatakan simpati namun kagum atas keberanian penyanyi itu untuk berterus-terang tentang keadaan kesihatannya kepada umum.

Laman sosial seperti Facebook dan Instagram juga penuh dengan ucapan dan doa agar penyanyi berusia 30 tahun itu terus cekal dan tabah melawan penyakitnya itu.

Rakan baiknya iaitu Syura yang juga peserta GV4 menerusi Instagram pula memberitahu dia sudah mengetahui keadaan dialami Elyana dan terpaksa berlakon seolah-olah tidak mengetahui tentang perkara itu.

Penyanyi Mimi turut kagum dengan ketabahan Elyana menentang kanser.

"Alhamdulillah... Aku dah tak perlu simpan lagi rahsia ini. Selama ini aku terpaksa berlakon yang konon-kononnya aku tak tahu kau sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana Tersingkir, Umum Hidap Kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Elyana Dibayangi Takut Tidur Malam Kerana Kanser

"Aku tabik dengan keberanian kau untuk berterus terang dengan masyarakat... Kau sangat kuat Na (Elyana). Aku sangat sayang kau, sangat sayang.

"Doa untuk kau sebagai sahabat akan sentiasa ada di setiap sujud aku," tulisnya.

Elyana tersingkir pada minggu kelima Gegar Vaganza.

Sementara itu, pelakon Sherry Ibrahim menerusi perkongsian menyentuh hati di Instagram peribadinya pula memberitahu Elyana sentiasa berpesan agar tidak bersedih dengan keadaannya walaupun ia perkara sukar untuk dilakukan.

Kata Sherry lagi, Elyana adalah salah seorang rakan baiknya dalam industri hiburan dan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang jelita, berbakat, merendah diri dan sentiasa menjadi pendorong kepada orang lain.

"Kepada Nana, apa yang anda lakukan hari ini adalah sangat berani dan apabila saya melihat temu bual membuatkan saya sedih dan teringat pesan kamu yang tidak suka kawan anda sedih dengan apa yang anda terpaksa lalui.

"Anda seorang sahabat yang sangat baik dan setia, rendah diri, kelakar malah seorang pendengar yang baik selain sentiasa memberi dorongan dan semangat dalam bidang nyanyian.

Liza Hanim menyifatkan Elyana seorang yang senang didekati.

"Semoga Allah melindungi kamu my Elyana, saya kagum dengan semangat kamu dan berharap setiap hari akan jadi lebih baik," tulisnya.

Penyanyi Liza Hanim pula berharap Elyana terus kuat dan menyifatkan rakan perjuangannya dalam GV4 itu sebagai seorang yang sangat disenangi.

"Lima minggu bukan waktu yang lama untuk kenal hati budi seseorang... Tapi bukan susah nak menyenangi seorang Elyana.

"Doa kakak akan sentiasa mengiringi langkah awak adik. Terus kuat, love you," tulis Liza.

Antara selebriti yang turut memberikan semangat adalah Nad Zainal, Serina Redzuawan, Dafi, Saiful Apek, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mimi Fly, Siti Elizad dan Datuk Seri Vida.

To my beautiful,talented,humble,caring,funny,generous,kuat makan,good listener,someone i can talk to ..,share so many secrets with and someone yang always bagi i semangat dlm bidang nyanyian and also an amazing beautiful soul that i’ve known for years ... From the first drama we involved together which is Dunia Baru after that Renjis1&2 until the last one we did Keluarga Karaoke , Those days was so much fun! My dear Nana i just want you to knw what you did today was really brave and YES you always be that ‘Wonder Women’ yang i always look up to and when i saw few of the interview tonite makes me really sad but then teringat yg you pernah pesan kat i you tak suke kawan you sedih dgn ape yg you terpaksa go through. That’s why when we chat over the phone you mention je pasal bende tu i kene kuatkan semangat and tak nak you tau yg i sebenarnye sedih sgt2.. dont knw what to say and react, but can only pray for you and check on you frm far..... Apa2 pun you are one of the best kewlest friend yg i kenal lama dlm industri ni... Sangat kagum dengan you , seorang sahabat yang sangat baik & setia and I LOVE YOU SO MUCH. Semoga ALLAH lindungi you my 🦀 @elyanaofficial ❤️👩‍❤️‍👩

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Elyana , Syura , Gegar Vaganza 4 , GV4

Artikel Sebelum

Fazura Perlu Reda Bersuamikan Lelaki Muda

Artikel Berikut

Jiran Zaman Kanak-Kanak Pilihan Dayah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain