suria

“Pedulilah... Ini Bukan Datuk Beli” - Afdlin Shauki

Afdlin (kanan) bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut menerima penganugerahan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa lalu.

PELAKON dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tidak mahu mengambil peduli terhadap kata-kata negatif berhubung penganugerahan darjah kebesaran diterimanya daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa lalu.

Sebaliknya, Afdlin berkata, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu bukannya dibeli atau dicari sebaliknya ia melihat pengiktirafan itu sebagai satu sejarah dalam industri hiburan tempatan.

Kata Afdlin dia tidak menyangka dia dan tiga sahabat seangkatanya iaitu Datuk Azhar Othman atau Awie, Datuk Hans Isacc dan Datuk AC Mizal dikurniakan dengan anugerah itu ketika mereka semua masih hidup.

"Assalammualaikum. Lewat malam ini aku berfikir, masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yang berlaku pada kami.

"Tak sangka yang empat orang sahabat, satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup.

Afdlin menerima pingat daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju itu memang kami beli tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari," tulis Afdlin menerusi laman sosial miliknya.

Afdlin, 46, menerima anugerah itu pada majllis pengurniaan darjah dan pingat sempelan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang yang diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pahang.

Ia disampaikan oleh Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam pada itu, Afdlin berkata, sebagai anak seni dia sudah melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk mencari nafkah keluarga tetapi manfaat kepada masyarakat.

"Kami bermula dari bawah dengan penuh kesusahan dan kami bukan tak pernah jatuh dan bangun namun dengan bebekalkan kepercayaan diri sendiri, keinginan untuk menghibur dan memberi manfaaat kami sampai ke tempat ini.

"Hanya Allah saja tahu apa yang kita sudah buat dengan bakat, tenang dan harta kami selama ini. Kini kami masih berusaha, belajar dan memberi manfaat," katanya.

Afdlin bersama ibunya.

Sementara itu, Afdlin berkata, dia berharap penghargaan diterima oleh anak seni sepertinya dapat menjadi perangsang kepada orang lain untuk mengubah hidup mereka dan keluarga.

Afdlin turut berazam untuk terus membawa perubahan positif kepada industri hiburan tempatan pada masa akan datang.

"Semoga kami dapat memberi perangsang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya seorang budak flat Sri Sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya.

"Terima kasih kepada yang menyokong kerja-kerja kami selama ini dan Insha-Allah kami akan terus memberikan yang terbaik dan membawa perubahan positif pada industri dan masyarakat Malaysia.

"Percayalah! You can do it too! Aku bersyukur pada Allah dan sangat merendah diri di atas pemberian-Nya ini," akhiri Afdlin.

Isu 'Datuk beli' menjadi kontroversi selapas Zizan Razak ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) pada Sabtu lalu mengusik Hans Isaac dan Eizlan Yusof kononnya gelaran berkenaan diterima mereka seperti dibeli.

Namun Zizan akhirnya membuat permohonan maaf atas kesilapan itu selepas ia dikritik beberapa artis termasuk Adflin sendiri.

Assalammualaikum. Lewat malam ni aku berfikir. Masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yg berlaku pada kami. Tak sangka yg 4 orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup. I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju tu memang kami beli. Tapi kurnia kami tidak. Kurnia ini bukan kami cari. Kami hanya buat yg terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik utk keluarga kami. Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yg di berikan kepada masyarakat. Terimakasih kepada pihak istana yg memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan. Allah SWT saja tahu apa yg kita sudah buat dgn bakat, tenaga dan harta kami selama ini. Kami bermula dari bawah dgn penuh kesusahan. Kami bukan tak pernah jatuh dan bangun. Dgn berbekalkan kepercayaan pada diri sendiri, keinginan utk menghibur dan memberi manafaat, kami sampai ke tempat ini. Kini kami masih berusaha. Masih belajar. Masih memberi manafaat. Semoga kami dapat memberi peransang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya yang seorang budak flat sri sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya. Terimakasih kepada yg menyokong kerja-kerja kami selama ini. In Shaa Allah kami akan terus memberi yg terbaik dan membawa perubahan positif pada industri kami dan masyarakat Malaysia. Percayalah! You can do it too!! Aku bersyukur pada Allah SWT dan sangat merasa rendah diri di atas pemberian-Nya ini.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Afdlin Shauki

Artikel Berikut

Artikel Lain