suria

Aliff Aziz Tak Seperti Didakwa

Aliff Aziz bakal tampil dengan drama bersiri Meh Sandar Lagi bergandingan dengan Mira Filzah.

KETIKA kontroversi melanda Aliff Aziz kerana dikatakan tidak berdisiplin, produser Zeel Production pula memuji sikap artis itu.

Pemilik syarikat itu Fadzil Teh berkata, Aliff menunjukkan disiplin yang baik sepanjang penggambaran drama terbitannya iaitu Meh Sandar Lagi yang akan ditayangkan di TV3 bermula 28 Ogos ini.

"Pengalaman bekerja dengannya sangat menyenangkan dan paling penting Aliff bersikap profesional ketika berada di set dan saya juga berpuas hati dengan disiplin ditunjukkan.

"Aliff mempunyai bakat besar sebagai pelakon dan sayang sekiranya bakat itu disia-siakan hanya kerana kesalahan dilakukannya," katanya kepada mStar Online.

Meh Sandar Lagi akan menemui penonton bermula 28 Ogos ini.

Meh Sandar Lagi turut menampilkan barisan pelakon seperti Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada dan Alicia Amin.

Ia akan disiarkan menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, sebelum ini ada pihak pernah memberi amaran kepadanya mengenai masalah disiplin Aliff namun dia tetap memberi peluang kepada pelakon itu untuk membuktikan diri.

Kata Fadzil, sepanjang bekerjasama dengan Aliff, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerana sikap dan komitmen ditunjukkan berbeza daripada apa diperkatakan oleh sesetengah pihak.

"Sebelum ini ada juga orang menyampaikan cerita kurang enak tentangnya tetapi saya tetap mengambilnya berlakon dan Alhamdulillah dia bukan seperti dikatakan.

Barisan pelakon Meh Sandar Lagi.

"Dia tidak sempurna dan ada kelemahan tetapi secara keseluruhannya dia tunjuk usaha memperbaiki diri dan paling penting dia tidak timbulkan masalah," jelasnya.

Bercakap mengenai Meh Sandar Lagi, Fadzil berkata, penggambaran dimulakan sejak Ramadan lalu namun ia dihentikan seketika kerana Aliff terlibat dengan projek lain.

"Sepatutnya Aliff kembali ke set Meh Sandar Lagi lebih awal tetapi isu yang melanda dirinya membuatkan proses penggambaran tergendala seketika. Pihak kami memberi peluang kepadanya untuk selesaikan masalah," katanya.

Aliff sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila dia 'kantoi' dengan isterinya Bella Astillah ketika bersama pelakon Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke.

Aliff Aziz, Meh Sandar Lagi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain