suria

“Dia Sebenarnya Naik Hantu” – Wanita Jawab Ika Nabella

Insiden kekecohan di KLIA 2 antara Ika Nabila (kiri) dan Needa Abdullah masih belum selesai apabila wanita berkenaan mahu membuat laporan polis.

WANITA yang didakwa menyerang Ika Nabella dengan mengeluarkan kata-kata kesat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) Isnin lalu nekad untuk membuat laporan polis terhadap aktres itu.

Needa Abdullah ketika dihubungi mStar Online berkata, dia berasa teraniaya apabila Ika mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai insiden berkenaan.

Malah katanya, pelakon itu berterusan melakukan provokasi di laman sosial yang jelas sengaja hendak merosakkan reputasinya.

"Saya sebenarnya malas hendak memanjangkan perkara ini tetapi nampaknya dia berterusan memburuk-burukkan saya dan memutar-belit situasi sebenar sehingga memberi kenyataan tidak benar kepada media.

"Sebab itu saya nekad hendak buat laporan polis terhadapnya dan jika dia masih bersikap melampau saya tidak teragak-agak failkan saman malu pula," katanya.

Tak Puas 'Serang' Di KLIA, Maki Di Instagram Pula

Oh ! Rupanya that maroon tudung makcik yg maki hamun I kt KLIA ada DM I on IG . Sorry makcik! I was too busy counting my blessing sampai tak sempat nk buka DM nk layan suami tercinta lg ... ? Makcik kenapa you marah sgt ni sampai ke IG you cari I ? You nk glamour ke mak cik ? Tak cukup ke you terpekik pekik maki hamun org kt KLIA sampai suami & anak kena tenangkan you? dlm flight siap bukak tudung sampai masam hamis satu flight dek kerana rambut you yang ergh heheh you knw better . You nak ape lg ni ?? Nak viral ke ...? Makcik . Look . I kesian dekat you . You look unhappy but it's your choice tau makcik you're too negative . Jgnlah cari2 I sebab I tak sudi nk berkawan dgn you apatah bermusuh .... tak suka la cat fight ni . Dekat you pun I tak suka ? Bukan shj itu ada juga askar2 upahan lah kot or maybe org2 yg nk kongsi glamour makcik ni comments & DM I ! What the heck ? Funneeeehhhhh

A post shared by Malaysian-based Actress&Singer (@ikanabella) on

Tambah Needa, dia turut mengalu-alukan cadangan Ika untuk menonton kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA 2 seperti dicadangkan untuk mengetahui kebenaran di sebalik kejadian itu.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk menonton kembali rakaman CCTV kerana ia dapat menjelaskan situasi sebenar dan bukannya seperti apa dia dakwa," katanya.

Menceritakan kejadian sebenar, Needa memberitahu dia tidak memaki hamun aktres itu seperti didakwa namun mengakui ada menegur sikap Ika yang tiba-tiba lalu dan merempuhnya dan rakannya ditengah-tengah ketika menggunakan eskalator di lapangan terbang itu.

Terkejut dengan tindakan Ika, Needa berkata, dia pada awalnya mendiamkan diri namun mereka sekali lagi bertemu ketika menunggu bagasi dan memintanya agar meminta maaf.

"Saya cuma pergi ke tempat pungut bagasi, berdiri depan dia dan cakap kepadanya, lain kali kalau terlanggar orang cubalah minta maaf dalam nada biasa namun dia sebenarnya 'naik hantu' apabila ditegur sebegitu.

Dia membalas, "oh you tau you dan kawan you besar sangat so saya tak ada ruang nak lalu", pada saya itu adalah respons yang bongkak dan sangat biadap. Dia memang sengaja provoke saya.

"Dia kata kepada saya, saya bukan ibunya dan siapa saya untuk menyuruhnya meminta maaf dan panggil saya perempuan murahan!

"Siapa yang tidak marah apabila dipanggil seperti itu tetapi tidaklah sampai saya terjerit-jerit macam orang hilang akal seperti yang digambarkan oleh Ika ," jelasnya.

Needa juga menyangkal suaminya ada meminta maaf kepada suami Ika atas insiden tersebut seperti didakwa aktres itu.

"Suami dan anak saya pada masa itu datang pada saya dan mereka suruh beredar dari situ. Tiada siapa pun yang memohon maaf," katanya.

Menjawab persoalan kenapa dia bertindak memanjangkan hal berkenaan dengan menghantar mesej peribadi di Instagram Ika, Needa memberitahu dia sebenarnya tidak menyedari Ika seorang pelakon dan hanya mengetahui perkara itu selepas diberitahu oleh anaknya.

"Selepas anak beritahu, saya buat carian di Google dan ada pautan ke Instagramnya dan itu yang saya mesej dia beritahu rupa-rupanya dia artis dan bukan niat saya memanjangkan cerita atau menyerangnya," kata Needa.

Semasa kejadian, mereka baru tiba dari dari Surabaya, Indonesia.

Ika Nabila, KLIA2

Artikel Lain