suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Julia Ziegler Sah Bergelar Isteri Jurutera Mekanikal

Julia dan Johan selamat bergelar suami-isteri kira-kira pukul 11 pagi Ahad. Foto Ihsan Instagram @hvpproduction & @zieglerjulia.

PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Johan, 33, pada majlis yang berlangsung pada Ahad.

Pasangan itu dinikahkan kira-kira pukul 11 pagi di kediaman keluarga Julia di Kampung Baru dekat sini.

Julia atau Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM80 daripada Johan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Mempelai turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi ringkas selepas di lokasi sama.

Julia dan Johan yang juga seorang jurutera mekanikal berkenalan sejak setahun lalu sebelum pelakon itu membawa lelaki berkenaan bertemu keluarganya pada Aidilfitri lalu.

Julia Ziegler, Johan

Artikel Lain