suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salleh (Brothers) Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Salleh (dua dari kanan) bersama anggota kumpulan Brothers.

PETALING JAYA: Anggota kumpulan nasyid Brothers iaitu Mohd Salleh Mohamed Deril, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 3.25 petang Khamis, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.

Ahli kumpulan Raihan iaitu Zulfadhli atau Ah Fad, berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat darah tinggi dan serangan jantung selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak Ahad lalu.

"Dia mengalami darah tinggi dan sakit jantung sudah lama dan pada Ahad lalu arwah dimasukkan ke Hospital Klang kemudian semalam (Rabu) dia dipindahkan ke PPUM kerana keadaannya semakin kritikal dan koma.

"Saya tidak berkesempatan berjumpa dan hanya dapat berbual dengan Allahyarham di telefon sahaja ketika dia di Hospital Klang," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Tambahnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Isyak di kampung halamannya di Kampung Seri Tiram Jeram, Kuala Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Selain Salleh, Brothers yang terkenal sebagai kumpulan nasyid kontemporari, turut membariskan Syah, Yasin dan Faiz.

Brothers

Artikel Lain