suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa iR Radzi Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Gambar kenangan iR Radzi bersama bapanya, Allahyarham Jamali Ellen.

PETALING JAYA: Bapa kepada penyanyi, iR Radzi iaitu Jamali Ellen meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang Ahad akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Pengurus iR iaitu Aszuad Zakaria, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarganya di Institut Jantung Negara, Kuching Sarawak.

"Allahyarham dimasukkan ke hospital semalam (Sabtu) dan keadaannya dalam keadaan tenat pada hari ini sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam pada itu, Aszuad berkata, iR yang sepatutnya pulang ke kampung halamannya untuk melawat bapanya pada Ahad bergegas pulang ke Kuching selepas mendapat panggilan daripada keluarganya pada petang Sabtu.

"Ketika dimaklumkan mengenai bapanya dimasukkan ke hospital, iR sedang mengadakan persembahan program bersama Suria FM di Putrajaya dan bergegas pulang ke kampung pada pukul 9 malam.

"Bagaimanapun ketika tiba di hospital bapanya telah pun berada dalam keadaan koma," katanya.

Sementara itu, Aszuad berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga iR terlebih dahulu untuk solat jenazah dan memberi laluan kepada saudara dan rakan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang, Petra Jaya, Kuching pada pagi Isnin.

iR Radzi

Artikel Lain