Yatt Hamzah Sah Bergelar Isteri Mohammad Zulfadhli Dengan Sekali Lafaz - Hiburan | mStar

Yatt Hamzah Sah Bergelar Isteri Mohammad Zulfadhli Dengan Sekali Lafaz

Yatt Hamzah bersama suaminya Mohammad Zulfadhli Khiruddin.
SHAH ALAM: Pelakon Yatt Hamzah sah bergelar isteri kepada juruvideo iaitu Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, dengan sekali lafaz pada pukul 9 pagi pada Sabtu.

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Jurunikah masjid berkenaan Muhamad Sujak Dusuki dengan berwakil walikan hakim.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menyerahkan 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut.

Sementara itu, Yatt ketika ditemui berkata, dia bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan berharap ikatan perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat.

"Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain saya turut berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat," katanya.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 namun bercerai dengan talak satu pada 25 Ogos 2015.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib,5.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain