Yassin Yahya Mahu Selesai Tunggakan Sewa Rumah RM30,000 Cara Baik - Hiburan | mStar

Yassin Yahya Mahu Selesai Tunggakan Sewa Rumah RM30,000 Cara Baik

Yassin dalam keadaan tertekan kerana isu hutang tertunggak.

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya hanya bersedia memberi kenyataan selepas isu tertunggak hutang sewa rumah lebih RM30,000 selesai. 

Isteri pelawak itu, Farah Wahida Maharidan berkata, suaminya memerlukan sedikit masa untuk berhadapan dengan media kerana pada masa ini dia dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan pihak tuan rumah secara baik.

"Kami memang memilih untuk tidak beri apa-apa kenyataan buat masa ini dan Insya-Allah apabila semuanya sudah selesai dia (Yassin) akan buat satu sidang media dalam masa terdekat ini.

"Sekarang dalam proses untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Farah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kegagalan pelawak itu untuk menyelesaikan tunggakan sewa rumah lebih daripada RM30,000. 

Kegagalan Yassin, 37, membayar RM1,450 sebulan menyebabkan tuan rumah berkenaan naik angin lalu melelong segala barangan milik pelawak itu. 

Sementara itu, Farah berkata, Yassin kini berada dalam keadaan tertekan dan belum bersedia untuk memberi pendedahan dan menjelaskan perkara itu.

"Ya, keadaan dia sihat cuma agak sedikit tertekan dengan perkara ini dan belum bersedia untuk bertemu dengan sesiapa. 

"Tentang tunggakan itu ada sedikit salah faham antara kami dan tuan rumah dan ia sedang diselesaikan secara baik," ujarnya.

Yassin

Artikel Berikut

Kerjaya Akim Terjejas Kerana Dituduh 'Lalok'

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus