suria

Menangi Tiket Penerbangan & Sertai Pelancaran mStar Menerusi #mstarvip

Sertailah peraduan #mstarvip untuk melayakkan anda menyertai pelancaran wajah baharu mStar Online bersama selebriti tanah air.

PETALING JAYA: Bagi memeriahkan pelancaran wajah baharu mStar Online pada 17 April depan, orang ramai dipelawa menyertai peraduan #mstarvip untuk bersama-sama para selebriti merayakan acara berprestij ini.

20 pemenang bertuah akan dipilih menyertai majlis gilang-gemilang yang akan diadakan di Alexis Garden, Aras 1, The Garden Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur bermula pukul 3.30 petang.

Daripada 20 pemenang, lima peserta paling bertuah bersama pasangan masing-masing   turut berpeluang mendapat tiket penerbangan pergi balik secara percuma sumbangan syarikat penerbangan AirAsia.

Fazura antara juri yang akan memilih pemenang #mstarvip.

Peraduan dibuka bermula 26 Mac sehingga 6 April 2014 dengan syarat anda harus menjadi pengikut laman Instagram mStar Online menerusi akaun @mstardotcomdotmy.

Caranya anda perlu merakamkan gambar fesyen santai “summer chic” dan hantarkan gambar berkenaan kepada laman Instagram  menerusi hastag  #mstarvip dan catatkan kapsyen fesyen anda itu dengan ringkas dan menarik.

Gaya anda itu akan diadili oleh dua juri terkenal iaitu pelakon Fazura dan juga pereka fesyen Rizman Ruzaini.

Peserta yang terpilih akan diumumkan menerusi mStar Online pada 10 April 2014 dan anda boleh menghubungi kami untuk menjadi tetamu VIP bagi acara ini.

Dengan tema Meraikan Aspirasi Dunia Maya, kami menjemput anda menjadi sebahagian daripada  bintang untuk bersama-sama puluhan selebriti terkenal yang akan bersama-sama kami memeriahkan pelancaran ini.

Klik http://peraduan.mstar.com.my/index.html untuk mengetahui maklumat lanjut.

Apa tunggu lagi? Sertailah sekarang!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain