suria

Kanak-Kanak Cilik Tunjuk Bakat Dalam 'Mini Parlimen 2014'

Barisan kanak-kanak yang terlibat dalam 'Mini Parlimen 2014'

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menerbitkan semula program yang pernah popular pada 30 tahun lalu iaitu Mini Parlimen 2014.

Menurut penerbitnya, Norsafaliza Mohd Yatim, program tersebut yang sebelum ini berjudul Mini Parlimen Kanak-kanak 1984 telah diubah kepada konsep yang lebih segar mengenai pelbagai isu menerusi sudut pandangan dan pemikiran mereka.

"Untuk musim baru ini ia membabitkan penyertaan 35 anggota parlimen kanak-kanak berumur antara 8 hingga 12 tahun di mana 21 daripada mereka adalah pencadang manakala 14 orang kanak-kanak lagi sebagai pembangkang.

Mini Parlimen


"Dalam pada itu, pelawak Azrul Zaidi Jamaluddin dipilih menjadi Yang Dipertua atau Speaker dimana tanggungjawab itu sebelum ini dikendalikan oleh Jamal Muhamad," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online.

Tambah Norsafaliza, dia yakin, para penonton akan teruja melihat karenah kanak-kanak berdebat dalam program 13 episod tersebut.

Mini Parlimen 2014 akan disiarkan bermula 8 Mac ini setiap Sabtu pada pukul 10.30 pagi.

Mini PArlimen 2014, RTM

Artikel Lain