Adam Tidak Kisah Kebolehannya Dipertikai - Hiburan | mStar

Adam Tidak Kisah Kebolehannya Dipertikai

Adam.
Adam.

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF) menganggap tuduhan sesetengah pihak kononnya dia masih menerima undangan nyanyian walaupun kini bergelar pengamal perubatan Islam adalah tidak berasas.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, sejak kedatangan 2014 dia tidak lagi menerima sebarang undangan nyanyian sebaliknya hanya memfokuskan kepada tugas baharunya itu.

"Mungkin pihak tersebut salah faham kerana saya sudah lama tidak menerima undangan nyanyian kerana memfokuskan kepada bidang perubatan Islam buat masa ini.

"Tuduhan itu tidak berasas dan berkemungkinan besar ia cerita lama yang ingin disensasikan pihak tertentu," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Adam berkata, adalah tidak adil untuk pihak lain terus menghukumnya tanpa mengetahui cerita sebenar dan mempertikaikan kredibilitinya hanya kerana dia bergelar anak seni.

"Perubahan yang saya lakukan bukan secara drastik dan masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan dalami untuk menjadi seorang Muslim yang baik," katanya.

Sementara itu, Adam berkata, dia juga tidak kisah apabila ada pihak yang mempertikaikan kebolehan dan pengetahuannya dalam bidang perubatan Islam kerana yakin dia berada di landasan yang betul.

Jelas Adam, kemampuannya dalam bidang tersebut bukan datang sekelip mata sebaliknya menerusi pemahaman dan pembelajaran berterusan.

"Apa yang saya lakukan sekarang adalah dengan izin Allah dengan niat untuk membantu sesiapa yang mempunyai masalah dan cakap-cakap di belakang saya tidak pandang terlalu serius," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat untuk meninggalkan terus dunia nyanyian sebaliknya ingin muncul dengan lagu-lagu kerohanian.

Kata Adam, dia bercadang untuk mengekalkan konsep rancak dalam lagu-lagu itu nanti dalam menarik minat masyarakat terutama golongan muda.

Artikel Sebelum

Raja Azmi Lega Penipu Artis Ditangkap Polis

Artikel Berikut

Jupe Tunda Kahwin Pemain Bola Sepak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain