suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt Beli Jet Peribadi Kerana Angelina Jolie

Pitt mahu memudahkan Jolie terbang dengan jet peribadi untuk memudahkan mereka berjumpa.
Pitt mahu memudahkan Jolie terbang dengan jet peribadi untuk memudahkan mereka berjumpa.
Pitt mahu memudahkan Jolie terbang dengan jet peribadi untuk memudahkan mereka berjumpa.

AKTOR Brad Pitt dilaporkan telah membeli sebuah jet peribadi untuk kekasihnya, Angelina Jolie bagi membolehkan mereka dapat berjumpa lebih kerap.

Pitt kini berada di London untuk penggambaran filem terbaharunya Fury manakala Jolie di Hawaii untuk mengarahkan filem Unbroken.

"Brad mahu memberikan hadiah tersebut kerana mereka sering berjauhan ekoran sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dengan adanya jet tersebut mereka boleh bertemu dengan lebih kerap.

"Dia memberitahu Angelina boleh memilih sendiri jet apa yang dimahukannya dan dia akan membayarnya," kata sumber pasangan itu.

Pasangan itu mempunyai enam cahaya mata iaitu Maddox, 11, Pax, 8, Zahara, 7, Shiloh, 6, dan pasangan kembar yang kini berusia empat tahun, Knox dan Vivienne.

Artikel Lain