Kaka Dalami Bidang Muzik - Hiburan | mStar

Kaka Dalami Bidang Muzik

Kaka Azraff
Kaka Azraff

SUBANG JAYA: Pendatang baru, Kaka Azraff, mengakui penting bagi seseorang penyanyi untuk mendalami bidang berkaitan muzik dan bukan hanya sekadar mempelajari teknik vokal semata-mata.

Pemilik nama penuh Nor Atiqa Noor Azraff, 24 berkata, dia kini sedang mempelajari dan mendalami secara asas beberapa alat muzik dan teknik mengubah lagu.

"Saya rasa penting bagi saya untuk tahu sedikit sebanyak tentang muzik sebelum betul-betul keluar dengan single pertama ini.

"Sebagai penyanyi kalau boleh saya mahu cipta lagu sendiri dan tahu main beberapa alat muzik dan bukan hanya sekadar melontarkan suara," ujarnya.

Tambah Kaka, bagi menjadi seorang penyanyi yang serba boleh, dia perlu menyiapkan diri dengan pengatahuan tentang muzik.

"Saya ambil kelas seminggu sekali di Rafiq Concept dan sekarang saya sedang belajar piano dan bagaimana untuk mengubah lagu.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebelum ini saya memang tidak pernah tahu tentang alat muzik dan membaca note sekalipun," katanya.

Ditanya tentang bidang lakonan, Kaka berkata dia baru pertama kali berlakon dalam drama Uda dan Dara Cornetto terbitan Astro.

"Jika ada rezeki memang saya teringin untuk berlakon, masa berlakon Uda dan Dara Cornetto satu babak saya rasa agak tertarik dan dapat menjayakannya dengan baik.

"Tapi apa yang lebih diutamakan adalah bidang nyanyian buat masa ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Kaka akan keluar dengan lagu duet terbaru bersama Zizan Razak berjudul Infiniti Cinta dalam masa terdekat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain