suria

Adibah Noor Tidak Mahu Watak Perbodoh Diri

Adibah Noor
Adibah Noor
Adibah Noor

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mengakui menolak watak-watak stereotaip atau memperlekehkan dirinya.

Adibah berkata, biarpun sesebuah watak tersebut berunsur komedi namun ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak atau dirinya.

"Saya mengaku memang tawaran berlakon agak terbatas namun saya tidak mahu berlakon watak-watak yang memperlekehkan diri saya.

"Pada saya jika watak yang ditawarkan itu tidak mempunyai apa-apa makna dan hanya untuk menghiburkan penonton lebih baik saya tidak perlu ambil," katanya.

Tambah Adibah, banyak watak-watak komedi yang mempunyai tahap komedi yang bijak dan difahami selain cara memperbodohkan diri.

"Seperti melakonkan watak garang kita tidak perlu terjerit-jerit untuk menunjukkan kita garang, hanya dengan mimik muka atau bercakap secara perlahan juga boleh menunjukkan watak tersebut, begitu juga dengan watak komedi," ujarnya.

Adibah yang sedang dalam pementasan teater Chow Kit Road di Istana Budaya mengakui terpaksa membahagikan masa dengan bijak antara kerjaya sebagai penyampai radio di Suria FM, pengacara, pelakon dan penyanyi.

"Alhamdulillah jadual saya agak penuh sekarang, kalau dulu saya jenis yang tiada jadual yang tetap tapi kini saya terpaksa keluar rumah seawal 5 pagi untuk ke konti dan pulang selepas pukul 12 malam.

"Kawan-kawan juga tahu nak cari saya dimana jika mereka lama tidak jumpa saya," katanya.

Bercerita tentang bidang penyampai radio, Adibah berkata ia lebih mendekatkan dirinya dengan peminat dan pendengar Suria FM.

"Bidang nyanyian, pengacaraan dan radio sangat berbeza, bila kita di konti rasa sangat rapat dengan pendengar kerana ada hubungan komunikasi dua hala apabila mereka menghubungi dan beri maklum balas kepada kami.

"Jika penyanyi dan mengacara kita tidak bercakap dengan penonton, pada saya ia lebih seronok," ujarnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain