suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gitar John Lennon Dijual RM1.2 Juta

John Lennon
John Lennon
John Lennon

SEBUAH gitar yang ditempah khas milik John Lennon telah dilelong dengan harga RM1.2 juta ($408,000).

Menurut laporan agensi berita BBC, gitar tersebut yang direka khas pada tahun 1966 oleh syarikat VOX telahpun dibeli oleh seorang pembeli warga Amerika di New York.

Pihak syarikat lelong, The Julien's Auction berkata, gitar tersebut dibuka harga lelong bermula RM604,200 ($200,000).

Lennon kemudian menghadiahkan gitar itu kepada salah seorang ahli The Beatles, Alexis Mardas, bersempena dengan hari lahirnya yang ke 25 pada tahun 1960-an.

Di belakang gitar tersebut terdapat tulisan 'To Magic Alex/ Alexi thank you/ for been a friend/ 2-5-1967 John (sic)'.

Bagaimanapun Mardas telah menjual gitar berkenaan pada tahun 2004.

Artikel Berikut

Artikel Lain